Thursday, October 3, 2013

gojiberry moist butter cake

Untuk besday anak sulung ummi buatkan kek berkhasiat dari buah goji...seronoknya bila jumpa resepi dari blog mat gebu di sini. Tak sabar nak  rasa.

Bila dah masak tsk sempat2 sejuk dah potong.....moist sesangat tapi kek ni cepat gelap jadi kena tutup atasnya selepas separuh masak supaya tak rentung.....

BAHAN-BAHANNYA :-) 
125 gram mentega (cm guna SCS)
2 biji telur gred A
100 gram gula kastor
100 gram tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
 1 camca besar yogurt
1 camca teh esen vanilla
25 gram 'gojiberry' 
2 camca besar susu segar*(*disatukan dan rendam 1 jam)
Sedikit gojiberry untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser loaf tin berukuran 6 inci x 2.5 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang, guna kelajuan sederhana. Masukkan esen vanilla dan yogurt, putar rata.
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan gojiberry yang berendam dengan susu segar tadi (masukkan sekali dengan susu) hingga habis, putar rata. Tuang dalam tin kek dan ratakan. Tabur sedikit gojiberry sebagai hiasan.
  4. Bakar 50 - 55 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan dan biar kek sejuk sebelum dipotong dan boleh hidangkan.. Jika permukaan kek cepat gelap tapi kek belum masak, tutup permukaannya dengan aluminum foil atau tudung periuk dan sambung bakar 7 - 8 minit lagi..
Ni la buah goji yg saya beli dari kedai singseh...lebih murah. Anak2 suka makan.....macam makan kismis jer.. Goji ni selepas dibuka elok simpan dalam fridge untuk kekalkan keringnya. Saya kongsikan juga sedikit info berkenaan khasiat goji nih yg saya petik dari blog khazanah purba....

Dr. Earl Mindell, R.Ph., Ph.D, seorang pakar herba dan nutrisi telah menyenaraikan 34 sebab mengapa anda perlu mengambil goji:-
1.Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi.
2.Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit.
3.Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), 'hormon remaja"
4.Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat.
5.Goji mengurangkan risiko kanser
6.Goji mengurangkan kolestrol
7.Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes
8.Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual
9.Goji membantu mengurangkan berat badan
10.Goji melegakan sakit kepala dan pening
11.Goji melegakan insomnia dan tidur yang lebih nyenyak
12.Goji mengekalkan kesihatan mata dan penglihatan anda
13.Goji menguatkan jantung anda
14.Goji menghalang peroksidaan lipid ( yang menyebabkan sakit jantung)
15.Goji meningkatkan halangan penyakit
16.Goji meningkatkan respons imunisasi (T-Cell, IL-2, IgA, IgG)
17.Goji digunakan sebagai rawatan kanser
18.Goji menempatkan semula dan membaik pulih DNA (menghalang mutasi yang menyebabkan kanser)
19.Goji menghalang tumbesaran tumor
20.Goji mengurangkan kesan toksik kemoterapi dan radiasi
21.Goji membina darah yang kuat, meningkatkan produksi sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet)
22.Goji meningkatkan limfosit
23.Goji mengaktifkan enzim anti-radang
24.Goji menyokong fungsi hati yang sihat
25.Goji merawat simptom-simptom menopause
26.Goji menghalang loya di peringkat awal mengandung
27.Goji meningkatkan kesuburan
28.Goji menguatkan otot dan tulang anda
29.Goji menyokong fungsi buah pinggang
30.Goji meningkatkan memori dan memulih ingatan
31.Goji membantu batuk kering yang kronik
32.Goji menghilangkan tekanan dan gelisah
33.Goji meningkatkan keceriaan dan semangat anda
34.Goji membantu sistem penghadaman 

CARA PEMAKANAN :

BUAH GOJI ADALAH MAKANAN TAMBAHAN BERKHASIAT. MAKAN  3 , 5 , 7 ATAU 21 BIJI SEHARI, CARA MAKAN ADALAH KUNYAH ATAU RENDAM KE DALAM AIR SUAM SELAMA 10-20 MINIT. MINUM DENGAN MULAKAN LAFAZ BASMALLAH SERTA BERSELAWAT KE ATAS NABI JUNJUNGAN BESAR MUHAMMAD SAW SERTA NIAT UNTUK KESEMBUHAN .
Bila tak tutup atasnya dia jadi gelap gelita atasnya....hehehe.....tu yg close up utk pengambaran nih....
Yg ini saya tutup loyang masa membakar......sepatutnya 20 minit pertama jer tapi   bila timer dah berbunyi baru teringat lupa bukak penutup.....janji sedap dan berkhasiat pulak tu...
Kek ni memang cepat gelap tapi gebu dan lembab...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...