Sunday, October 13, 2013

Nasi maglubah

Menu tengahari ini....sempena tahun baru. Saya guna kambing. Ayam yg ada kat freezer tu ayam kampung yg dah pencen...

Saya guna cara bakar dalam oven. Masukkan lauk dia dalam loyang atau bekas nak bakar tu, pastu tuang nasi, tabur kismis, bawang goreng, badam, daun ketumbar. Tutup dengan foil dan bakar dalam oven dgn suhu 180ÂșC selama 30 minit.

Nasi Maglubah Alinoor - Hidangan untuk 10 - 15 orang. Resepi saya amil dari link ini

Bahan-Bahan#1

1 kg Beras Basmathi - saya guna berss pusa.

Rendamkan selama lebih kurang 20 -30 minit kemudian ditapis.

Dalam pada dok tunggu beras direndam buat perkara berikut.

Masak air * dan sediakan ayam**

*Sementara itu dalam periuk masakkan air yang banyak. Lebih kurang 3 kali ganda sukatan kuantiti beras.

Contoh jika 1 kg beras ini sukatannya 6 cawan maka masaklah air dalam kuantiti 6 x 3 = 18 cawan.

Masukkan
3 helai daun pandan,
Segenggam daun pudina,
3 sb air mawar (jika mahu),
1 sb lada hitam biji,
1 batang kayu manis,
3 kuntum bunga lawang,
10 kuntum bunga cengkih,
10 biji buah pelaga,
1/4 cawan minyak zaitun,
garam - saya letak 3 sk,
kuib ayam - kalau suka
1 biji bawang besar dihiris kasar serta
1 sudu makan serbuk bancuhan ketumbar / jintan putih / jintan manis.

masak air sehingga mendidih dan biarkan sehingga aromanya bangkit. 

#2

**Sementara menunggu, pastikan bahan-bahan di bawah disediakan.

Mula mula.................Ambil 10 - 15 ketul Peha ayam dibuang kulit (lebih sihat), basuh bersih dan buang lemak dan jangan lupa Selawat sepanjang menyediakan hidangan. Mengikut petua bentara guru...............hidangan akan jadi sedap dan enak.

Selepas itu ambil bahan-bahan di bawah kemudian perapkan ayam lebih kurang dalam 20 - 30 minit juga.

2 sudu makan Serbuk Ketumbar
1 sudu makan Serbuk Jintan Manis
1 sudu makan Serbuk Jintan Putih
1 sudu makan Serbuk Kunyit
1 cawan Yoghurt / tairu / susu masam / susu segar dibancuh dengan jus lemon

2 sk garam

Y#3

2 labu Bawang Besar - dihiris 
5 ulas Bawang Putih - dihiris
2 cm Halia dihiris
1 batang Lobak Merah - potong ikut suka - hiris boleh, dadupun boleh
2 biji Terung Bulat - belah dua dan dihiris jangan terlalu nipis atau tebal
1 biji Lada Benggala - "Green Pepper / Capsicum - dibelah dua dan dihiris.

*****kalau nak sedikit terasa pedas2 (tapi taklah pedas sangat) boleh juga hiriskan cili hijau)

*****Bolehlah kalau nak tambah sayur lain yang sesuai seperti cauliflower ke atau sebagainya untuk memeriahkan suasana Nasi Maglubah ni.

#4

Dalam periuk yang lain (bukan periuk yang masak air tadi tu, panaskan minyak zaitun (kalau nak campurkan sedikit ghee boleh juga, ini akan menambahkan lagi aromanya).

Pastikan juga bahawa periuk cukup besar untuk menampung jumlah nasi nanti, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia.

Tumis sehingga wangi (bukan garing), lepas tu masukkan ayam bersama perapannya.

Biarkan seketika lepas tu masukkan bahan-bahan sayuran yang lain, rasa kuahnya, kalau kurang masin tambahkan garam secupkupnya dan tutup periuk serta kecilkan api.

Masak ayam sehingga setengah masak. Apabila masak, biarkan ayam dan bahan-bahan di dalamnya keluarkan 'kuah'nya dan asingkan.

#5

Pergi balikkan kat periuk yang masak air tadi. Keluarkan segala 'sampah-sarap' segala bahan-bahan yang tidak terlarut yang dimasukkan tadi. - saya cuma kuarkan daun pandan jer yg lain tu saya biarkan.

Biarkan api yang besar dan panas, masukkan beras dan kacau pelahan-lahan. Jangan ganas sangat nanti beras hancur dan jadi tidak handsome bila dihidangkan nanti.

Terus masak nasi sehingga betul-betul kembang. Macamana nak tahu kembang besar tadi telah bertambah besar lebih kurang 4 kali ganda saiz asalnya atau bila kita picit dengan jari ianya terasa lembut.

Selepas itu buangkan airnya. Bila air dah habis tos, masukkan nasi ke dalam periuk ayam tadi kesemuanya. kemudian tuang rata ke atas nasi tersebut dengan kuah ayam yang diasingkan tadi. tutup periuk rapat-rapat.

Ada dua cara penyudah untuk masak Nasi Maglubah ni:

1. Tutup periuk rapat-rapat kemudian letakkan di atas dapur dengan api yang sederhana kecil. Biarkan selama lebih kurang 30 minit, sebelum diangkat dan diterbalik atau ditonggengkan bila dihidang.

2. Semasa penyediaan tadi, panaskan ketuhar -oven  pada suhu 180 darjah selsius. Tutup periuk rapat-rapat, kemudian masukkan ke dalam letuhar untuk lebih kurang 25 - 30 minit.

Okay, apa bezanya penyudah antara keduanya. hanya Jauhari Mengenal Manikam. Mungkin bagi sesetengah orang tidak banyak bezanya dari segi rasa. 

Teknik memasukkan dalam oven lebih enak dan hasilnya nasi masak rata, tiada berkerak dan dengan aroma lebih menarik. terlupa pulak kalau bajet lebih semasa masuk nasik tadi bolehlah disulamkan dengan kismis, badam dan gajus juga mahu. Kalau nak bagi terbeliak bijik mata orang tengok masukkan kismis yang saiz macam ibu jari kaki.

Bolehlah makan Nasi Maglubah dengan salad timun dan tomato atau buatlah raita. Kalau nak gantikan dengan daging selain ayam boleh jugak. Tapi kalau nak lebih enak guna daging kambing.

Lamb yang sedang diperap lebih kurang 30 minit....
Lebih pun takper.....

Dah siap tabur apa yang patut....tutup dengan foil dan bakar 30 minit....

Baru kuar oven.....bau semerbak....

Dah siap gaul...
Dah sendukkan dalam pinggan nih apa lagi....ngap jer lar...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...