Saturday, October 26, 2013

Biskut dahlia

Petang ni tetiba semangat nak mengukis datang. Pilih punya pilih resepi ni yang kena....raya puasa aritu tak buat bislut ni.....dah lepas2 raya pulak teringin nak makan.

Saya guna resepi bawah ni tapi buat pesen lain pulak. Saya tak huna paste pandan tu. Saya biarkan plain....pastu bahagi dua pastu satu letak pewarna merah.


Samperit/dahia

Bahan-bahan

Bahan A 

200gm mentega
100gm gula ising
1 biji kuning telur
1/4 tsp pes pandan/pandan emulco (tak letak)
1/2 tsp pewarna hijau epal (ganti warna merah)

Bahan B 

250gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm tepung kastard 

Hiasan :

Ikut suka. Ceri boleh, cokla chip boleh dll.
Cara-cara 
Pukul bahan A kecuali pewarna hingga berkrim.
Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Bahagi 2. Satu letak pewarna merah.
Rehatkan selama 1 jam. 
Guna nozzle dahlia dan ambil sesikit kesua2 adunan dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau hingga kekuningan.
Link ni ada resepi tradisional yanf biasa saya guna jugak.


Kalau rasa2 tepung jagung takde tapi ada tepung ubi pun boleh gak cuba resepi bawah ni..
Sumber : Resepiibu2010.blogspot

bahan2nya :

1 buku butter
3/4 @ 1 cawan gula halus/gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung ubi
2 cawan tepung kastard
2 cawan tepung gandum   (semua tepung di ayak)

cara2nya :-

pukul butter dan gula hingga kembang- masukkan kuning telur dan esen vanila -
gaul sebati-
masukkan tepung ubi,tepung kastard dan tepung gandum-
uli hingga menjadi doh -
kalau doh lembut,tambahkan sedikit tepung gandum- kemudian paipkan dengan acuan samperit @ biskut dahlia-
hiaskan dgn ceri @ manik @ ikut suka..-
bakar 20 minit atau lebih dgn suhu 180 darjah @ bergantung pd oven masing2..;))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...