Tuesday, October 15, 2013

Nasi ketumbar cili hijau

Nasi ni saya buat untuk gathering raya haji kat umah adik. Adik request masakkan nasi sebab dia takde periuk besar....asalnya nak masak nasi beriani johor tapi en hubby tak balik2 dari kerja rewang korban kat surau. Kalau lewat sangat dan dia penat nak masak pulak tentunya kelam kabut. Daun ketumbar banyak, cili hijau pun selambak, jadi terkeluarlah idea masak nasi special nih....sesuai kot makan dgn bbq....

Resepi diadaptasi dari nasi ketumbar...
Kejadiaan soooooo yummmyyyyyy.

Bahan: 

5 cawan (basuh, rendam 20 minit dan toskan)
3 s/b mentega/minyak sapi
sedikit minyak masak
1 1/2 biji bawang besar (dimayang halus) 
*3 pokok daun ketumbar
*4 biji cili hijau
(*kisar halus dengan 4 cwn air) 
garam secukup rasa
3 sb sunquick oren
2 kiub ayam 
Air 3 cawan

Cara-cara 

1. Basuh beras, rendam 20 minit dan toskan. 2. Cairkan minyak sapi bersama sedikit minyak.  Masukkan bawang; goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam.  Kemudian masukkan daun ketumbar, cili hijau yang telah blend tadi, air dan garam. 
3. Biarkan mendidih dan masukkan beras. Kacau rata perlahan2 supaya beras tak patah. Tanak seperti nasi biasa. 
4. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang. *daun ketumbar yg diblend tak perlu ditapis kalau ditapis akan mengurangkan aroma daun ketumbar dan cili dlm nasi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...