Wednesday, October 9, 2013

Cheesy wedges

Kalau pegi KFC selalu order cheesy wedges ni kan. Tapi sejak tak ke sana sejak setahun lalu, rasa teringin sangat nak makan benda nih... Kebetulan pulak sekarang ni ramai yang post kat FB dan blog memasing tentang jalapeno cheese yang banyak dipasaran. Dijual dalam bentuk serbuk dan bancuh dengan air panas je untuk dapat cheese warna kuning macam kat KFC tu...
 
Pegi tesco cari US potato yang selalu saya guna untuk buat homemade wedges ni, tapi tak berapa nak elok la pulak. Tapi sebab dah bertekat nak buat juga, beli la 5 ketul walaupun parut jerawat penuh kat kulit kentang tu, macam baru lepas kena chicken pox pulakkan...
 
Anak2 excited sungguh dapat makan wedges ni....siap tanya, ummi....cheese tu ummi buat macam mana, ummi buat sendiri ke.....hehehe....macam la teror sangat ummi dia ni semua benda boleh buat sendiri....
Cucuk2(tikam2) kentang tu dengan pisau.
Rebus hingga empuk.
 
Potong kentang bentuk wedges, sebiji lebih kurang 6 slice la
 
Gaulkan dengan tepung KFC segera atau saya guna tepung yang saya buat sendiri
(bahannya: tepung gandum, serbuk kari, garam dan sedikit serbuk kunyit)
(kalau kentang tu agak kering, rendamkan kejap dalam air dan tos dan gaulkan tepung supaya lebih banyak tepung boleh melekat kat kentang tu.
 
 
Pastu goreng garing kentang dan toskan.
Hidangkan bersama jalapeno cheese yang telah dibancuh dengan air panas. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...