Monday, October 28, 2013

Biskut chipsmore

Anak request buatkan chipsmore macam dalam iklan tv tu. So pepagi lagi ummi diorang pun uli tepung lepas anak2 pegi sekolah.
Mula2 tu bila dah leperkan doh tu tekankan dalam bekas coklat chip supaya nampak meriah....sekali gitu bila dah siap bakar, sikecik bertuah tu makan coklat chip dia jer...sebekutnya dia buang. Adunan yg separuh lagi tu terus ajer la saya gaulkan dgn coklat chip tu supaya diorg terpaksa makan semuanya.
Adunan ni nemang agak lembik tapi gitu ler rupanya kalau buat drop kukis nih....hadi jangan panik yer.
Satu lagi kalau nak tambah dengan 2 sb serbuk koko pun boleh gak....terpulang citarasa....saya tak letak serbuk koko jadi saya letak 1 sb esen vanila.
Bahan-bahan :
*500 gm tepung gandum
2 biji telur
250 gm mentega
50 gm shortening
115 gm gula halus
110 gm gula perang
100 gm choc chips (nak letak lebih pun boleh)
250 gm almond flake (nak letak kacang lain pun boleh)
*1 sk baking soda
*1 sk baking powder
*2 sb susu tepung
Cara - cara :
1) pukul mentega bersama gula halus hingga kembang
2) masukkan telur dan pukul lagi
3) ayak *
4) masukkan * yang telah diayak  dan adun sebati.
5) masukkan badam dan gaul rata. Rehatkan setengah jam.
6) bulat dan leperkan dan letak coklat chip atau gaul coklat chip sekali dalam adunan, bulat dan leperkan.  ( buat besar2 skit macam saiz chipsmore kat kedai tu....)
7) bakar dlm oven dgn suhu 160c selama 15 minit  
Ni yg letak choc chip kat atas...
Ni pulak gaulkan sekali coklat chip dia...

Update 27 Jan 2016 : Tadi dok google untuk cari idea hidangan minum petang......sekali gitu jumpa gambar biskut yg saya buat dan post kat N3 ni....tengok link bkn dari blog saya......ermmmmm kena rompak dengan koleksiresepiemak.blogspot.my. Blog ni patut letak nama koleksicetakrompak.blogspot.my....baru la kena.

Dalam N3 dia pun takde la nak berbasa basi kata minta ihsan nak tepek gambar kat blog dia ke....ermmmm entah la....ini bukan yg pertama....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...