Monday, October 14, 2013

Kuih keria sira gula melaka

3 cawan keledek yang dah dilecek
1 1/2 - 1 3/4 cawan tepung gandum (jangan banyak sangat nanti keras tak sedap)
1 ketul gula melaka atau gula kabung atau gula apong atau nise

------
Kalau keledek dah letak garam masa rebus jadinya tak payah letak lagi masa buah doh.
Uli tepung dengan keledek hingga jadi doh yg lembut.
Ambil sedikit doh dan bentukkan macam donut.
Susun dalam tray yang dah ditabur sedikit tepung.
Goreng dengan api pelahan hingga garing....kalau guna keledek oren dia nampak coklat2 skit.
Angkat dan toskan.

Untuk sira

Keluarkan minyak daripada kuali. Masukkan gula melaka yang dah dipotong kecil dan sedikit air.
Masak hingga gula hancur dan berbuih. Masukkan keria yang digoreng tadi. Kecilkan api. Dan gaul rata dan sentiasa kacau hingga gula kering.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...