Tuesday, October 1, 2013

Donut gebu simple

Saya combine resepi ni dengan resepi pau mamak haji. Malas nak rebus kentang macam resepi yang saya selalu guna. Jadi biala mamak haji resepi pau letak baking powder dan baking soda, saya pun try test buat donut plak. Hasilnya mabeles....gebu dan lebut sungguh jadinya....tak tipu tau. Bancuhan dia agak lembik sikit tapi tak pe....letak tepung dalam talam n tangan supaya tak melekat.

Bahan-bahan 
5 cawan tepung roti
1 cawan air suam
2 sudu besar lemak sayuran / shortening  
4 sudu besar susu pekat manis 
1 paket yis
1 sk garam
1 sk baking powder
1/2 sk baking soda
1 biji telur 

Cara-cara 

Satukan semua bahan kering dan kacau rata. Masukkan bahan basah dan uli hingga tak melekat pada tangan. Biar adunan lagi selama 45 minit. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.

Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. Tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung atau buat free style. Susun jarak2 dalam talam yg dah ditabur dengan tepung.  Bila dah naik sekali ganda, goreng gunakan api sederhana.

Alih selalu supaya dapat warna yang sekata. Setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...