Friday, October 18, 2013

Ayam masak madu

Resepi Mamak haji ni dah lama disimpan. Bila ayam ada, kurma plak takde. Bila kurma ada ayam plak habis. Ada jer kan.....

Saya ejas skit sbb saya suka kalau ada pedas2 skit.....saya tambah 1 sb serbuk lada hitam....jgn marah yer mamsk haji...

Bahan-Bahan:-
1 Ekor ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10.
Bersihkan dan sedia untuk goreng.

250 gm buah kurma (buang bijinya dan kisar dengan sedikit air).
100gm buah kismis.
50gm buah gajus.
2 sudu besar gula pasir.-
1 sudu besar serbuk cili.-
1 susu besar Jintan putih.-
1 sudu besar Jintan manis.-
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis. (Tumbukan kayu manis dan kisar kering).-
5-7 biji pelaga,
5 kuntum cengkih,
5 kuntum bunga lawang- untuk ditumis.-
1 helai daun pandan (potong dalam 2-3 inchi).-
2 in.halia + 2 biji bawang besar + 5-7 ulas bawang putih dikisar halus.- sedikit bawang goreng dan daun pudina untuk taburkan diatas hidangan.-
1 biji bawang besar(labu) dihiris.-
Minyak masak dan garam untuk secukup rasa.-
2 sudu besar perahan air limau nipis atau lemon.
Sedikit madu

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ketulan ayam, masukan kunyit dan garam (sedikit) dan goreng.Gorengan tidak perlu garing sangat.
2. Panaskan kuali dam masukkan minyak tiga sudu besar. Gorengkan biji jagus dan kismis dalam api yang sederhana. jangan hanguskan gorengan ini. Asingkan gorengan ini.
3. Tambahkan satu sudu besar minyak dan masukkan buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Apabila keluarkan bau yang harum masukkan hirisan bawang dan daun pandan. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum masukkan pula bahan kisaran. Bawang+Halia + bawang putih.
4. Masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan manis, serbuk kayu manis. Kacau rata campuran ini apabila campuran ini keluarkan sekali lagi bau yang harum masukan kisaran buah kurma dan gula pasir. Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan yang diperlukan. Sekiranya terlalu likat bolehlah campurkan sedikit air. Kuah ini perlu mendidih sekiranya air dimasukkan. Masukkan garam yang secukup rasa.
5. Masukkan ayam yang telah sedia digoreng kacau rata supaya kuah berempah ini dapat serap kedalam isi ayam. Kecilkan api dapur dan masukkan Buah gajus dan kismis yang telah digoreng. Kacau rata.
6. Keluarkan dari kuali dan hidangkan.Curahkan sedikit madu keatas hidangan ayam.Taburkan bawang goreng (tersedia) dan daun pudina di atas hidangan tersebut (boleh juga di hiaskan dgn cili merah)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...