Wednesday, October 16, 2013

Hati lembu masak lempap

Masakan ni adik beradik dengan ungkep. Ejaan dia nih tak pasti la yg mana betul sebab dlm blog mat gebu ada satu n3 tu dia tulis lempab dan yang satu lagi lempap. Tapikan apa2 pun ejaannya janji sedap.....

Hehehe....masa buat pengambaran lauk nih....tetiba anak nombor 3 menjerit2 panggil kakak dan adik dia suruh ke dapur. Ingatkan apa benda la....rupanya dia suruh diorg tengok ummi masak katak......huhuhu, baru nak eksyen buat platting hias cili hijau kat lauk tuh.....ayah dia balik pun dia sibuk bercerita ummi masak kaki katak.......sabo jer la anak ummi nih...

Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:

600 gram hati lembu
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
Kicap cair secukup rasa
*1 camca besar ketumbar biji
* 1/2 camca teh jintan kasar
*1/2 camca teh jintan halus
*1 camca teh lada hitam biji (boleh ganti dengan cili hijau atau cili padi dan kisar dengan bawang dll tu)
Garam secukup rasa
Sedikit gula
2 ulas bawang putih, cincang halus
Hirisan daun sup untuk hiasan
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar Halus:

6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai, hiris
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup

Cara cara:

Hati lembu dihiris nipis dan lebar lebar. Gaul dengan tepung gandum dan perap sekejap, kemudian cuci bersih dan toskan. Sangrai atau goreng tanpa minyak bahan2 bertanda (*) hingga harum, kemudian kisar hingga halus, gunakan kisar bahan kering.

Ketepikan.Masukkan hati lembu tadi dalam satu bekas, tambah bahan kisar halus dan rempah yang dikisar kering tadi. Masukkan sedikit garam dan gaul rata. Perap sekurang2nya 1 jam atau semalaman untuk lebih berperisa.Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih cincang hingga harum.

Masukkan hati lembu, gaul rata dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan terus memasak hingga pekat. Masukkan kicap cair secukup rasa dan secubit gula.

Kacau rata.Tambah bawang besar dan gaul rata. Masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan bersama nasi panas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...