Thursday, October 24, 2013

Roti wholemeal

Resepi saya cilok daripada Mamakitchen - makcikmanggis. Keluar jer dari oven terus kena ngap....konon nak simpan utk breakfast...tapi nampak gayanya ummi kena la fikirkan apa nak masak besok pagi yer...

Bahan-bahannya:)
2 cawan tepung roti.
2 cawan tepung wholemeal.
3 sb gula perang.
11 gm yis segera.
1 biji telur+ air=1 cawan.
4 sb plain yogurt.
2 sb butter.
1/2 sk garam.

Cara-caranya:)

Masukkan semua bahan-bahan diatas  kedalam mangkuk pengadun. Uli  sehingga doh kenyal.
Tutup mangkuk pengadun dan biarkan doh naik double saiz asalnya.Keluarkan doh dan tumbuk buang anginnya.
Bahagikan doh kepada 3 bahagian  dan bulat-bulatkanya.Aturkan ke dalam dulang (sapu sedikit butter pada dulang)biarkan doh naik 2 kali ganda dari saiz asalnya.
Bakar hingga masak. Saya guna suhu 180 ÂșC selama 45 min - suhu dan masa memasak bergantung kepada oven masing2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...