Saturday, October 5, 2013

Popia inti crab flavoured stick (filamen berperisa ketam)

Mood nak makan popia tengah ada, sengkuang takde pun buat juga...nasib baik karot ada....jadi la...
Saya bekukan sebahagiannya untuk digoreng sebagai minum petang...
Bahan2
1/2 biji Sengkuang - potong kecil (macam mancis)
2 biji karot - potong kecil macam mancis gak
10 batang crab stick -potong kecil
1 biji bawang besar - cincang
5 ulas bawang putih - cincang
2 sb sos tiram
2 sb sos cili
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
------
Tumis bawang besar dan putih hingga naik bau. Masukkan sos. Kacau rata.
Masukkan bahan2 lain. Gaul rata. Perisakan dengan garam. Mssak lebih kurang 5 minit dan tutup api.
Bahan lain
Kulit popia secukupnya
Sedikit tepung gandum dibancuh dengan air sebagai pelekat.
 
RESEPI SOS PENCICAH THAI
Resepinya saya copy dari balannambiar.wordpress

BAHAN-BAHAN DIGUNAKAN:
  • 3 ulas bawang putih dikopek kulit.
  • 2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • 3/4 cawan air.
  • 1/4  cawan cuka.
  • 1/2 sudu  besar (tbsp) garam.
  • 1  sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.
CARA-CARA:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.
3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan kelikatan sos . Sos perlu sentiasa di kacau  selama  1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.
Selamat mencuba. Wassalam.
 
 
 
Makan panas2 dengan kopi o sedap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...