Biskut ni memang la agak rapuh, jadi kena berlemah lembut ketika mengendalikan....hiasan ikut suka...seronok buat sebab macam buat aktiviti seni lukisan plak....jenuh juga nak menghiasnya...sempat la siapkan sebalang tapi...huhhuhuuh...pegi dapur tengok biskut tu dah pecah2 sebab si kecilku telah mengoncangnya......ni pun dapat dari masam manis....n copi pes gak....
180 gm butter atau margerin ~ lembutkan
145 gm gula halus atau gula
perang
1 biji kuning telur ~ putih telur jangan buang sebab nak guna untuk
icing
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh baking powder
60 gm tepung
jagung
60 gm tepung kastard
Tepung gandum atau tepung ros secukupnya ~
tiada sukatan
_______________________
Panaskan oven pada suhu 170 C bergantung pada oven
masing-masing
Sediakan loyang pembakar. Leserkan dengan sedikit butter.
Ketepikan
Pukul butter dan gula halus dengan speed sederhana hingga
kembang
Masukkan kuning telur dan esen vanila dan teruskan
memukul
Perlahankan speed mixer
Tambahkan baking powder, tepung kastard
dan tepung jagung gaul rata
Masukkan tepung gandum atau tepung ros
sedikit-sedikit ke dalam adunan sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan
tidak melekat pada jari.
Pastikan jangan terlebih tepung supaya adunan tidak
terlalu keras.
Canai dan terap menggunakan acuan bulat saiz 50 sen dan 5 sen. Lapiskan yang 5 sen tu di atas 50 sen...bakar menggunakan api atas bawah.
ICING1 biji putih telur
200 gm gula icing
1 sudu teh jus
perahan lemon
Satukan telur, gula icing dan jus lemon dalam bekas
pemutar
Putar adunan sehingga kental
Bahagikan adunan kepada berapa bekas
dan warnakan dengan pewarna kesukaan
Masukkan dalam piping bag
Paipkan
atas biskut yang telah sejuk, buatkan bentuk riben dan bunga
Hiaskan mengikut kreativiti
masing-masing.
Biarkan icing keras
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment