Saturday, July 1, 2017

Sushi Raya 2017


Hidangan raya saya untuk tetamu yang datang hari ni. Lain dari kebiasaan. Hidangan ala jepun pulak... Saya buat sushi ringkas jer. Takde la guna isi salmon mentah dan takde wasabi....


Semalam lepas asar, bersemangat ke pasaraya berhampiran mencari bahan2....beras....seaweed.....dan sushi mat.....dan bekas hidangan ala jepun nih...lengkap.

Memang semangat membara nak buat sushi sendiri. Anak2 pun semenjak dua menjak ni asyik menyebut pasal sushi. Nak kasi diorg trill sikit dengan sushi air tangan ummi.


SUSHI @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my

Beras sushi - basuh dan tanak macam biasa - 1 cawan beras : 1 1/4 cawan air
Seaweed secukupnya
Timun jepun hiris panjang
Lobak merah hiris panjang
Tuna chunk - saya campurkan dengan mayonis, hirisan cili padi, bawang cincang dan garam secukup rasa.
Sosej - celur dan belah 4

(Selain beras sushi, bahan lain boleh dipelbagaikan ikut citarasa. Begitu juga bentuk sushi, pelbagaikan ikut kreativiti dan acuan pilihan)

Sushi mat untuk menggulung



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...