Thursday, July 13, 2017

Roti


Roti burger untuk sarapan pagi. Yg ni versi nak cepat sampai lupa tabur bijan. Pastu rotinya tak bulat sgt sebab bakar dalam satu loyang jer...nak cepat.


Resepi roti asas  ZLC

500 gm tepung roti (high protein)
5 gm improver
50 gm gula
5 gm garam
8 gm yis
60 gm mentega
30 gm susu tepung
290 gm air ais

Satukan semua bahan dalam besen kecuali mentega. Uli sebati sebelum tambahkan mentega. Uli hingga elastik. Kalau guna BM ikut arahan dalam manual untuk doh.

Perap hingga 2 kali ganda atau terus bahagi doh dan bentuk dan letak bahan tambahan ikut citarasa. Perap (proof) selama 2 jam atau hingga naik 3 kali ganda lebih kurang.

Saya bakar pada suhu 180 celcius selama 20 minit lebih kurang dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu......suhu dan tempoh bergantung pada oven masing2 juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...