Wednesday, July 12, 2017

Puding karamel pandan gula hangus


Tukar suda....biasa buat plain.... kali ni sementelah stok daun pandan banyak baik lah dibuat. Kang kering jer. Sedap...haruman pandan semerbak. Lain kali nak try flavor lain pulak.


Puding karamel pandan gula hangus
http://zulfadreamland.blogspot.my

10 biji telur
1 tin susu cair (tin 505 gm tu)
1 tin air kisaran daun pandan (guna tin susu yg sama)
Sedikit garam
1/2 cawan gula dimasak hingga perang gelap dan ditambah sedikit air
Buah-buahan segar untuk hiasan


-----
Pukul telur dengan susu, air dan garam. Tak perlu lama sangat, sebatikan aje...
Dalam loyang, masukkan gula yang telah diperangkan.
Tuangkan telur tadi ke dalam loyang. Kena perlahan2 supaya telur tak bercampur dengan gula.
Kukus selama lebih kurang 1/2 jam.
Bila dah sejuk, terbalikkan dalam bekas hidangan.
Hias dengan buah segar atau peach/buah campuran dalam tin tu.
Kalau simpan dalam peti sejuk lagi best...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...