Saturday, July 29, 2017

Kuih Ketayap aka Kuih Gulung


Minum petang...minggu lepas punya cerita. Guna daun pandan asli. Harum mewangi....buat saiz gedabak sebab macam biasala...nak cepat. Ada tetamu petang tu.


Kuih ketayap

Untuk kulit

3 cawan air (guna santan cair pun boleh)
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Garam secukup rasa

Pewarna pilihan (atau kisar air dengan daun pandan dan tapis untuk mendapatkan warna dan haruman semulajadi.)

Kisar sebati semua bahan hingga sebati.


Untuk inti

(biasanya saya buat banyak2 dan simpan dlm peti beku - inti ni boleh guna untuk buat koih koci, badak berendam, kuih bom, pulut inti, kuih ketayap dll)

1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula putih + gula melaka (manisnya ikut citarasa)
Sedikit air
Sedikit garam
1 helai daun pandan
Sedikit tepung jagung/gandum

Cara-cara

Masukkan kelapa parut, air, gula, tepung serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula dan airnya kering. Angkat. Buang daun pandan.

Panaskan pan dengan api sederhana, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi membulat (ini utk buat bentuk biasa).

Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Nampak tepi2nya dah kering tu maknanya dah masak la. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; , lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.....tapi untuk viewer sedia untuk ditatap jer ler yer...huhuhu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...