Saturday, July 29, 2017

Asam Pedas Ikan Pari


Cerita semalam. Pagi masak nasi arab untuk jamuan post raya kat ofis. Nasi arab kedua minggu ni. Memang saya dah tak boleh nak telan....

Malam adik ngan atuk datang. Memang dah tak kuasa nak masak dan makan ayam dah.... Kebetulan jumaat pagi ada pasar pagi kat pekan berhampiran, saya minta tolong kakak belikan ikan pari. Berkira2 samada nak masak kari atau asam pedas....kesudahannya pilih asam pedas kegemaran anak2 jugak nih.

Bila ada atuk, pelengkap hidangan mestilah ada sambal, ulam dan ikan masin serta sayur....makan sedap sampai habis nasi tak berbaki.


Asam pedas

I kilogram ikan jenama apa2 (Sembilang/pari/tenggiri/kerapu/senangin dll)
3 sb (cili kering yg dah dikisar)
4 ulas Bawang Putih
8 ulas Bawang Merah Dikisar/tumbuk lumat
1 inci Halia
1 inci/ketul kunyit hidup
Segengam Daun Kesum
Sekuntum Bunga Kantan – belah 4
Bendi/Terung Panjang Belah dua dan potong lebih kurang 3 inci
Sebiji tomato belah 4 (optional)
1 liter air
Air Asam Jawa pekat dalam 1/4 cawan
Gula dan Garam sekukup rasa

----

Tumis cili hingga pecah minyak.

Masukkan bahan yang ditumbuk/kisar dan kacau hingga naik bau. (Bahan ni boleh juga dikisar sekali dengan cili kering dan tumiskan hingga pecah minyak) Masukkan air asam dan air. Masukkan bendi. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan biarkan hingga ikan masak lebih kurang 5 - 7 minit. Akhir sekali masukkan tomato dan biarkan lebih kurang 3 minit......siap untuk dimakan.


Kacang panjang tumis berkicap

Secekak kacang panjang - hiris
2 biji cili besar - hiris
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Sedikit ikan bilis
Kicap secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Tumis bawang merah dan putih hingga keperang. Masukkan bilis dan cili. Tumis hingga cili layu.

Masukkan kicap. Biarkan seketika. Kemudian masukkan kacang panjang dan sedikit air. Tumis hingga kacang masak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...