Tuesday, July 11, 2017

Tertunai sudah : cornflake madu susu

Menunaikan tempahan kukis raya manusia2 penting dalam hidup. Dah layan tempahan orang lain minggu ke 3 syawal barulah berlesempatan layan permintaan anak2.


Kukis raya paling simple dan paling laris......tapi saya malas nak buat sebab malas nak isi dlm cup tu. Sekarang ni anak2 dah makin membesar. Ummi bancuh jer pastu diorg sambung tugasan mengisinya dalam cup. Dah siap...ummi bakar dan simpan dalam bekas....tahun depan bolehla kita buat biz cornflakes madu anakku....😄😄.


Cornflake Madu Susu
http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan A 

125 gm mentega
1/4 cwn gula perang/putih
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan madu

Bahan B 

500 gm bijirin cornflakes @ lain2
1 cwn kismis (jika suka)
1 cwn badam cincang panggang/gajus (jika suka)
Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil.

Bahan C

Mangkuk kertas kecil


Panaskan bahan A sehingga mentega dan gula cair. Setelah cair, tutup api dan masukkan bahan B, gaul rata.

Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit. 

Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...