Friday, July 28, 2017

Pulut Inti


Sesekali bila ku teringin..... entah apa mimpinya....teringin sangat nak makan pulut inti. Bercinta juga nak mengarun pulut, nak kena perah santan bagai, tapi demi tuntutan tekak sendiri diusahakan juga sepenuh hati balik dari jamuan raya kat rumah kawan opis lama hari minggu lalu.

Biasa kalau pulut inti ni inti kelapa tu saya buat sedikit kering tak letak tepung....tapi kali ni belasah jer...baki inti kuih ketayap hari tu saya makan jer dengan pulut. Bukan nak makan banyak pun sebab perut bukan tahan sangat makan pulut tapi habis juga lah sepiring....fenin2 belakang kira....janji hasrat tertunai sudah...


Resepi pulut inti

1/2 kg beras pulut (basuh bersih dan rendam sejam atau lebih, tos dan kukus dengan beberapa helai daun pandan selama 20 - 30 minit)
Lebih kurang 2 cawan santan pekat + garam secukup rasa
---------------
Tuangkan pulut yg telah dikukus ke dalam mangkuk atau talam kecil ketika masih panas. Tuang santan sedikit demi sedikit sambil mengaron/menggaul pulut. Bila nampak pulut kelihatan berkilat dan cukup lembutnya berhenti tambah santan. Masukkan pulut ke dalam pengukus dan kukus sebentar selama lebih kurang 2 - 3 minit.
Hidangkan bersama inti kelapa manis atau sambal bilis atau serunding kelapa.


Inti kelapa manis

1/2 biji kelapa parut muda
2 keping gula nise (boleh gantibdengan gula merah + gula putih secukup rasa)
Sedikit garam
2 helai daun pandan simpul
Secawan air
Satukan semua bahan di dalam kuali. Masak hingga semuanya sebati dan inti kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...