Friday, July 28, 2017

Puding Karamel Tanpa Telur


Dessert yang tidak dirancang untuk dibuat. Malam tadi memikirkan apa bahan yang ada untuk dijadikan pencuci mulut untuk program Post Raya di pejabat keesokannya.... Mula nak buat puding karamel yang guna telur tapi macam leceh nak kukus bagai. Akhirnya terbuatlah puding tanpa telur ni.

Dalam kelam kabut buat benda lain sambil sediakan puding ni....gula hangus yang dimasak sampai sejuk keras dibuatnya....alahai...trajedi betul....dah tuang dalam mould pulak tu....jenuh juga la memikirkan macam mana nak cairkan semula....sudahnya bila kastartnya dah masak, saya tuangkan jer atas karamel keras tu....doa dan tawakkal jer nanti gula tu cair sedikit dek terkena kastard panas tu.


RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan-Bahan A (Gula Hangus)
4 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)
1 paket agar-agar serbuk 10g
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir (boleh kurangkan atau tambah ikut citarasa
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3sb  tepung kastard
1 sk esen vanilla
secubit garam


Cara-cara

Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikanSatukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...