Friday, July 21, 2017

Passembur


Pasembur aka rojak karam...hahahha. Sesuka hati ku beri nama....apa yg karam....bila makan karam dalam lautan nikmat yg tak terhingga.....sedap kot....tak sampai sejam habis 200 pax.....Alhamdulillah....org terpa sebab lapar la kot...dah pukul 9 lebih tak sarapan lagi....kuikuikui.


RESEPI ROJAK PASSEMBUR
@zulfadreamland.blogspot.my

UNTUK KUAH PASSEMBUR:

1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus, lenyek. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).

125gm udang kertas halus atau sotong kering, dikisar halus.

125gm kacang tanah. Kacang tanah digoreng dan  kisar.

10 – 15 biji cili kering. Goreng sehingga ranggup, kisar sekali dengan kacang tanah tadi.

3 ulas bawang putih. digoreng layu, dikisar bersama kacang tadi.

2-3 bawang besar @ 15-20 biji bawang merah. Goreng bawang hingga layu. Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan kacang.

Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok.

Masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api.

2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak.

Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar. Tujuan kita masukakn gula untuk sebatikan struktur bahan-bahan tersebut. Kuah passembur memang manis sedikit  dari kuah yang lain.

Masukkan garam secukup rasa.


Katakanlah anda inginkan kuah yang lebih dan pekat likat, rendamkan 5-8 kping biskut merry, lenyekan dan masukkan dalam kuah yang reneh.

Caranya pekaktkan sama seperti “chicken krim sup” yang mana kita hanguskan tepung gandum dengan butter. Kuah cukup masak bila kacang anda rasa lembut. Biasanya kuah sedia dalam masa 35-45 minit.


Jangan lupa sentiasa kacau kuah supaya tak hangus dibawah. Ingat gula boleh terkumpul dibawah periok hanguskan masakan bila dipanaskan.

Akhir sekali, cucur dah ada, tauhu gorengkan dan di potong dadu, telur rebus yang digoreng, jangan lupa kentang rebus yang telah goreng disalut tepung beras, boleh taburkan serbuk kacang goreng di atas, taugeh rebusan, hirisan sengkuang, timun dan juga hirisan daun salad untuk hiasan.


RESEPI CUCUR KELAPA UNTUK PASSEMBUR ATAU ROJAK MAMAK:

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum (biasanya 1 cawan = 100gm).
1 cawan tepung beras.
3 sudu besar (tbsp) tepung jagung.
3 sudu besar (tbsp) kelapa parut/ gunakan yang kering. Tak perlu beli, goreng kering di atas kuali dengan api sederhana. kalau malas tak payah bubuh pun - saya bakar dalam oven
1 sudu kecil (tsp) Yis segera/ Mauripan 11gm setengah paket.

1/2 sudu kecil baking powder.
1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam (jangan panas!). Larutkan yis. Biarkan 10 minit sebelum dicurahkan kedalam tepung.
3/4 sudu kecil (tsp) garam.

CARA MEMBUATNYA:

1. Adunkan tepung beras, gandum, jagung, baking powder dab garam serata.  Masukkan larutan gula bersama yis dalam adunan tepung.  Bancuh tepung serata. Kalau nak  berbentuk bulat cucur, cairkan sedikit tapi kalau inginkan cucur berbentukk selinder (bulat memanjang) pekatkan sedikit ditambah tepung gandum. Jenis selinder ini kita perlu gunakan sudip untuk memindahkan kedalam kuali untuk gorengan.

2. Tutup bekas adunan. Biarkan (peraman) selama sekurang-kurangnya satu jam. Lama sangat pun tak boleh kerana tepung akan menjadi masam. Bagi mamak haji 1-2 jam sudah memadai.

3. Adunan biasa akan naik dua kali dari asal. Gaulkan kembali. Masukan kelapa parut. Gaulkan kembali adunan. Sambil itu boleh panaskan kuali dengan minyak masak.

4. Uji dan pastikan minyak betul-betul panas dengan masukan satu atau dua titik tepung adunan tadi kedalam minyak untuk menetukan kepanasan. Minyak kalau tak panas, minyak masak diserap ke dalam cucur anda. Ini akan jadikan bukannya cucur udang tapi cucur minyak. Terlalu panas akan menghanguskan cucur. pandai-pandai kawal suhu panas. kalau nak sejukan minyak panas masukan sedikit minyak baru ke dalam kuali.

5.Goreng cucur hingga keperangan. Cucur yang masak akan terapong dan bertukar menjadi warna kekuningan.

Nota: Kekerasan cucur udang ini terletak pada tepung beras. Kalau ia lembut dan kita nak keras, tambahkan tepung beras. Kekerasan juga kadang-kala terletak cara kita goreng atau kandungan air yang terdapat dalam gorengan itu. Ini termasukan kepekatan tepung gorengan.


Cucur Udang Mamak Penang:

BAHAN-BAHAN:

1 Kg  tepung gandum ( 2 sudu besar tepung diasingkan)
*250gm udang sederhana besar untuk diletak atas cucur udang. (saya masuk terus udang dalam adunan).Segenggam daun kucai dipotong 1″.500gm taugeh dibasuh bersih.
250gm Udang Kapas (udang kecil halus basah atau udang kering kepal/ geragau yang kering) direndam dan dibersihkan. kisar sehingga halus dengan sedikit air.
1 biji bawang besar (sederhana besar) dihiris halus.
1 paket Yis kering (*Mauripan 11 gm).
1 sudu kecil garam atau ikut kemasinan yang diperlukan.
1/2 sudu pewarna kuning  cair atau 1 sudu kecil serbuk kunyit.1
 kg Minyak masak.

CARA PENYEDIAAN:

1.Masukkan tepung dalam sebuah bekas (perlu menampung tepung yang akan naik dua kali).

2.Masukan Yis kering ke dalam air dicampur 1 sudu kecil gula pasir dan membiarkan 10 minit. Kacau rata yis supaya ia larut. Masukan dalam tepung dan kacau rata.

3.Masukan garam,daun kucai,taugeh,perwarna kuning ke dalam tepung.

4.Masukan lima cawan air kedalam adunan tepung. Adunkan semua bahan sehingga sebati.Tentukan adunan tidak cair sangat atau pekat. Kelikatan sama seperti menyediakan cucur pisang. Sesuaikan kelikatan adunan tepung. Apabila Selesai tutup adunan tepung itu dan biarkan selama 1 jam untuk tepung itu bangkit. Selepas sejam adunkkan kembali tepung dan sedia untuk goreng.

5.Panaskan kuali.Tentukkan api dapur untuk mengoreng cucur tidak terlalu keras.  Api dapur yang memadai. Jangan pula terlalu kecilkan api.Ini akan menjadikan cucur anda akan meresapi terlalu banyak minyak. Hasil Gorengan pertama anda akan memberi keputusan yang anda perlu sesuaikan api dapur anda atau kelikatan tepung. Gorengan pertama mula dengan satu atau dua dulu.

6.Tepung yang diasingkan (2 sudu besar) masukan sedikit air supaya menjadi likat (buat gam). Masukkan udang besar yang telah dibersihkan supaya ia bersalut dengan tepung likat ini (sebagai gam). Ini menentukan udang yang goreng diatas cucur, tidak mudah bercerai semasa gorengan.

7.Cara goreng cucur mempunyai berbagai cara. Untuk gorengan cara mamak adalah cara yang mudah.Gunakan sudip  yang telah dipanaskan dalam minyak selama 5 minit, ambil sebahagian tepung dari bekas tepung dan letakan udang besar (dilumur tepung) diatas tepung yang perlu digoreng. Masukan kedalam kuali.

8.Walau pun masa gorengan tergantung pada size dan kawalan api dapur kebiasaannya sekiranya gorengan cucur sedia masak akan timbul ke atas permukaan minyak gelembong udara akan terhenti. Apabila gorengan bertukar warna kekuningan emas biasanya cucur telah sedia masak. Keluarkan dari kuali dan letakan di atas kertas tisu dapur untuk menyerap minyak yang berlebihan.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...