Tuesday, July 11, 2017

Ikan goreng berlada


Menu dinner semalam....gandingan asam pedas kentang.


Resepi ikan goreng berlada
Zulfaza Loves Cooking

3 ekor ikan kerisi (gaul kunyit dan garam - goreng, angkat dan tos)
*5 biji cili hijau (boleh juga guna cili padi kalau nak lebih pedas)
1 barang serai diketuk
*1 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
1/2 sk pes asam jawa
Garam dan gula melaka secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumbuk kasar *. Tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan asam jawa serta perisakan dengan garam dan gula melaka. Masukkan ikan goreng dan gaul rata.  Sedia dihidang.

Untuk kali ni saya hidangkan ikan ni dengan asam pedas kentang... Alhamdulillah kenyang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...