Friday, July 28, 2017

Daging (Kambing) Masak Hitam


Masak express....guna noxxa subuh-subuh kitab. Kesian anak2 kalau saya tak sempat masak untuk lunch diorg. Daging masak hitam yang kemerahan....tak sempat pekat saya terpaksa offkan sebab dah masa untuk bersiap ke pejabat. Hidangan pun comot2 jer dalam gambar ni...ingat balik nak photo shoot sekali lagi tapi dah kepenatan....malas nak fikir dah.

Anak2 saya suka sangat masakan ni....manis2 pedas. Banyak diorg makan kalau saya masak cenggini. Kalau rasa2 tak nak makan dengan nasi, lauk ni sesuai juga dibelasah dengan roti....kot2 la ada hati nak diet....tapi kalau makan sebuku roti saiz jambo tu, kira diet dalam hati jer la.



Daging masak hitam ZLC

1 1/2 kg daging - hiris nipis (untuk hati kasih aka limpa rebus dulu hingga empuk dan hiris setebal satu inci)

4 biji bawang besar
1 labu bawang putih
3 inci halia

Hiris separuh dan kisar separuh

1/4 cawan cili kering kisar
100 gm rempah masak hitam (belah2 utara banyak jual)
10 sb kicap pekat manis
Garam secukup rasa
3 keping asam gelugur
4 tangkai daun kari
Air
1 cawan minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Tumis bahan hiris dan dsun kari hingga naik bau dan keperangan. Masukkan bawang kisar. Tumis hingga kering airnya dan sedikit keperangan. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan rempah masak hitam. Tumis hingga terbit bau dan pecah minyak. Masukkan daging. Masak hingga air daging keluar dan daging hampir empuk. Tambah air jika perlu. Masukkan kicap, garam dan asam keping. Masak hingga kuah pekat dan daging empuk. Sesuaikan rasa. Tutup api dan sedia dihidang dengan nasi minyak, nasi impit, nasi putih dll.


Kalau takde rempah masak hitam tu boleh la try buat sendiri guna resepi kat  bawah ni...

Resepi Rempah Hitam @ KKPBT

Bahan-bahan :
3 sudu besar biji lada hitam
2 sudu besar biji lada putih
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
3 biji bunga lawang
2 sudu besar  biji ketumbar
1 sudu besar  biji jintan manis
1 sudu besar  biji jintan putih
1/2 cawan lada kering

Cara2nya:
Semua bahan2 disangai dan dikisar halus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...