Tuesday, July 11, 2017

Kari Udang Galah


Kari udang galah XXXXL. 2 ekor dah penuh satu pinggan. Kirim kat member balik Kuala Kangsar...hasil pancing...ada la 7 ekor jer saiz campur2+. Yg beso2 ni semuanya anak dah cop dulu...ummi dapat saiz XS jer....ayah dapat kepala jer...hahahha


Kari Udang Galah
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Bahan2

1 kg udang galah
3 sb rempah kari ikan + ayam
3 sb air asam jawa pekat
3 cwn santan pekat
5 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
3 tangkai daun kari
10 biji bendi
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

---------
Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah kari dikisar halus hingga pecah minyak/ naik bau. (bwg n halia kalu nak hiris pun boleh).
Masukkan santan pekat yg pekat dan masak hingga mendidih.

Masukkan garam, bendi dan air asam. Masakkan lebih kurang 3 minit.
Akhir sekali masukkan udang dan masak hingga udang bertukar warna dan merekot.
(udang jgn dimasak terlalu lama).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...