Tuesday, August 1, 2017

Vanilla Raisin Muffins


Muffin mudah untuk minum petang....semudah abc. Resepi yg dikongsi di group kkpbt  dengan sedikit olahan bahan dan cara penyediaan.

Kismis tu boleh dipelbagaikan dengan kurma, lain lain2 buahan kering. Kalau ada yang tak suka ada bendasing dalam muffin tu boleh jer kisar buah2 tu dengan susu terlebih dahulu.


Vanilla Raisin Muffins

Bahan A

1 biji telur
1/2 cawan minyak sayuran (boleh ganti dengan mentega cair)
11/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B

2 cawan tepung gandum
3 sudu kecil baking powder
1 cawan gula (saya kurang dalam 1 sb)
secubit garam

Bahan C

1 cawan Kismis


Cara-caranya

Panaskan oven pada suhu 180c-190c.

Ayak Bahan B dan satukan dengan 1/2 bahan C dalam mangkuk.

Masukkan bahan A kacau rata hingga kesemuanya sebati menggunakan whisk.

Tuangkan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh. Taburkan baki kismis .

Bakar selama 15-20 minit atau hingga kekuning-kuningan. (bergantung pada oven masing-masing)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...