Sunday, June 21, 2015

Tempe goreng berlada


Sesekali pekena tempe nyaman juga....cukup dengan hidangan sampingan lain yg serba ringkas.

Tempe goreng berlada

3 kepung tempe
3 keping tauhu

Potong dan goreng. Tos dan ketepikan.

Tumis hingga pecah minyak

3 sb cili kering kisar
1 biji bawang besar kisar
5 ulas bawang putih kisar

Bila dah pecah minyak perisakan dengan

4 sb kicap
Garam dan gula secukup rasa
1 sb air asam jawa pekat

Masak hingga sebati dan memekat. Akhir sekali masukkan tempe dan tauhu goreng. Gaul rata. Sebelum tutup api masukkan sebiji tomato yg dibelah 4.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...