Friday, June 19, 2015

Meroti untuk sahur

Lepas berbuka smlm buatkan roti untuk juadah sahur. Anak yg ni 2 tu payah sikit makan. Ada roti ni boleh la dia makan dengan jem dan mentega. Roti ni saya huat ikut resepi biasa. Cuma guna 100% tepung gandum. Hasil tetap mabeles...

Masih relevan meroti di bulan puasa ni...ingatkan nak gantung mixer n BM.....hehehe.


Roti

500 gm tepung gandum
50 gm susu tepung
100 gm gula
5 gm garam
11 gm yis
10 gm kfine supercream
1 biji telur
80 gm mentega
225 gm air sejuk (ais)

Satukan bahan dan uli hingga elastik. Tak lekat ditangan dan besen. Atau guna BM ikut arahan dalam manual untuk basic doh.
Perap sejam. Tumbuk doh dan uli skit. Bentukkan dan susun atas tray atau loyang. Perap lagi sejam. Bakar dalam oven yg dipanaskan 15 minit dahulu pada suhu 180 °C selama 20 minit atau hingga perang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...