Friday, June 19, 2015

Masak lemak tumis ikan siakap hitam


Menu berbuka puasa hari kedua....ikan masak lemak tumis.

Resepi ikan masak lemak tumis

Kisar kering/tumbuk

1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih

Tumis dengan sedikit minyak (hingga pecah minyak dan naik bau)

Bahan kisar
4 sb cili kering kisar
2 batang serai diketuk

Masukkan 3 cawan santan dari sebiji kelapa. Kacau rata. Kemudian masukkan sekg ikan yg dipotong. Masukkan 2 keping asam gelugur, garam secukup rasa. Masak hingga mendidih. Kacau sesekali supaya tak pecah minyak. Masukkan tomato, masak selama 2 minit lagi dan tutup api. 


Hidangan sampingannya saya buat sayur campur jer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...