Saturday, June 20, 2015

Nasi ayam Singapura

Resepi yang saya jumpa di fb Joha Hassan ni jadi pilihan untuk hidangan berbuka puasa hari ketiga...

Nasi Ayam Singapura. Singapore Chicken Rice. 

Bahan2nya

1 ekor Ayam Segar (Siz Besar), Boleh dipotong 2 atau 4.

Bahan untuk sup & stok nya

1 batang serai
1 biji rempah bunga lawang
1.5 inch halia
4 ulas bawang putih
1 kuib knorr ikan bilis (saya tak letak)
4 sudu besar bawang merah goreng
4 helai daun pandan 
Air secukup untuk rebusan
Garam secukup rasa

Nampak dalam gambar kat fb joha hassan tu ada letak celery, kurma cina, kulit kayu manis dan tomato....jadi saya pun tambah bahan2 ni juga...

Cara2nya 

Bersihkan ayam, ikut citarasa - potong 2 atau 4. Panaskan air di periok yang besar kalau hendak meletakan ayam seekor. Letakan garam secukup rasa, halia, bawang putih yang dititik. rempah bunga lawang, serai dan daun pandan kedalam periok bersama 1 kuib Knorr (Ikan Billis).


Masukan ayam ke dalam biarkan ia masak selama 15 atau 20min hingga mendidih. Keluarkan ayam, toskan dan tepikan. Gunakan tapisan kuah air rebusan di bahagikan dua, satu untuk sup dan satu untuk dimasukan ke dalam nasi nya.



Nasi

Bahan untuk Nasi nya.

800 gm beras Basmati - direndam untuk 20mins
1 inch halia
4 ulas bawang putih
4 - 5 cawan air rebusan ayam
2 helai daun pandan
1 batang serai

Cara2 untuk Nasi Ayam 

Letakan 5 cawan kuah stok rebusan ayam kedalam periok. Letakan beras Basmathi yang sudah direndam dan letakan halia dan bawang putih,serai yang dititik, kepingan ayam (lehernya dan lemak2 nya. Seikat daun pandan. Garam secukup rasa. Tanak nasi seperti biasa

Cara2 untuk Ayam Panggang

Bahan untuk memanggang ayam nya

300 gm Madu asli
1/2 sudu serbuk kayu manis - Digaulkan pada ayam
Minyak

Gosokan serbuk kayu manis pada ayam, sedikit garam dan madu.Biarkan ia sebentar. Panaskan oven pada suhu 180C. Bila sudah panas. Letakan ayam kedalam di atas jaring pembakar. Setkan oven pada 'Grill setting' atas sahaja. Turunkan suhu oven pada 160C. Panggang ayam untuk 15mins atau bila kulit ayam menjadi keemasan. Keluarkan ayam biarkan ia rehat selama 10mins sebelum dipotong.



Untuk supnya tambahkan,bawang goreng dan duan sup.Letak 1 biji rempah bunga lawang. Panaskan supnya hingga mendidih.

Cara2 untuk Sos nya 

Bahan untuk sos nya

3 biji limau nipis/kasturi
5 sudu besar cili kisar (cili hidup - 5 batang )
3 sudu teh cuka & jus limau
Garam & gula secukup rasa

Panaskan periok kecil, letakan air dalam 1.5 cawan, letakan 5 sudu besar cili kisar segar, garam secukup rasa, cuka/jus limau dan gula secukup rasa. Bila sos mendidih tutupkan api, dan letakan jus limau nipis. Rasa lah sos nya ikut cita rasa. Anda boleh letakkan cili api jika suka pedas lagi.


Sajikan juadah bersama salad timun, sos cili cuka, sayur chop choy...Ayam Panggang. Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...