Friday, June 5, 2015

Mee sanggul bandung


Dua tiga hari lepas beli mee sanggul mama kat az zain... beli lebih skit buat stok. Udang ada, sayur ada....bahan lain pun secukupnya....buat mee bandung sedap jugakan untuk santapan pagi nih....

Mee sanggul bandung

*10 biji cili kering - rendam/rebus hingga lembut
*2 biji bawang besar
*6 ulas bawang putih
minyak untuk menumis

Kisar halus dan tumis hingga naik bau dan pecah minyak di dalam kuali atau periuk. Tambah

4 biji tomato dikisar halus
4 sb sos tomato
4 sb sos cili

Kacau sebati dan biarkan merenih selama 10 minit. 
Tambah

Air secukupnya. Masak hingga mendidih. Tambah

4 biji telur
Udang yg dibuang kulit. 

Masak hingga udang berubah warna. Masukkan pula

Sayuran pilihan dan masak hingga sayur empuk.

Hidangkan bersama mee sanggul yang dicelur lembut. Hias dengan taburan bawang goreng, hirisan limau, cili, hirisan daun bawang dan sup jika suka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...