Saturday, June 27, 2015

TART ROSALINDA

Weekend ni pulun buat sekut raya. Awal pagindah adun dua tiga adunan sekut termasuk tart rosalinda yang saya kidnap resepinya dari blog azlita masam manis. Suka la tengok rupa parasnya....macam topi rosalinda jer.....hehuuuu....


TART ROSALINDA
Adaptasi dari resepi Tart Nenas Nyonya
Adunan dapat anggaran 35 - 40 biji

300 gms tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising
200 gms mentega
2 kuning telur
jem nenas 

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). 

Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh. Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter . Untuk lebih mudah agar tak melekat2 lapik dengan plastik semasa mencanai doh. 1 keping plastik 4 segi potong jadi sekeping besar. Oleskan atas plastik dgn sedikit minyak. Letakkan doh di tengah plastik dan lipat plastik dan kayu canai tu gelek atas plastik.

Kemudian terap adunan tadi dgn terap tuk buat tart. Kalau adunan melekat kat alat penerap tu. Beruskan sedikit alat tu dgn sedikit minyak masak. Ini dapat mengelakkan adunan dari melekat2.

Susun adunan yg telah di canai atas loyang pembakar. Ambil jem nenas bluberry dan gentel bulat2 sebesar guli. Letakkan atas doh yg telah di terap tadi. Buat hingga habis.
Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.

Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk. Untuk jem nenas bluberry boleh beli yang dah siap atau boleh juga di buat sendiri.


Resepi jem ni katanya berasal dari blog mat gebu. Tq la...anak2 suka pulak....makan ngan roti dan biskut kering.

JEM NENAS BLUBERRY 
Dari resepi Jam Nenas Istimewa

3 biji nenas (atau 1 kg parutan nenas, toskan sedikit airnya)
2 biji epal hijau, buang kulit dan parut kasar
1 biji oren, buang kulit dan ambik isinya (pulp)
1 cawan penuh gula pasir
1 sudu teh pes bluberry (saya tak letak)
1 sudu teh pewarna bluberry (saya tak letak pewarna blueberry tapi letak pewarna oren)

Masukkan parutan nenas tadi bersama gula pasir ke dalam kuali, kacau rata. Hidupkan api dan biar mendidih. Pada api kecil, kacau sentiasa nenas tadi sehingga pekat. Masukkan isi oren (pulp) dan terus kacau hingga kering.
Akhir sekali masukkan parutan epal hijau,  pes bluberry dan pewarna, gaul rata dan masak hingga berkilat dan boleh digentel bila jem sejuk. Biar sejuk dan simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.

Kemudian bakar adunan ni dalam oven yg bersuhu 170C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.
Setelah masak keluarkan dari loyang dan letak atas redai hingga sejuk.
Untuk jem nenas bluberry boleh beli yang dah siap atau boleh juga di buat sendiri.


ICING

1 biji putih telur
200 gm gula icing
1 sudu teh jus perahan lemon

Satukan telur, gula icing dan jus lemon dalam bekas pemutar
Putar adunan sehingga kental
Bahagikan adunan kepada berapa bekas dan warnakan dengan pewarna kesukaan
Masukkan dalam piping bag
Paipkan atas biskut, buatkan bentuk riben dan bunga
Hiaskan mengikut kreativiti masing-masing.
Biarkan icing keras
Simpan biskut dalam bekas kedap udara. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...