Sunday, June 21, 2015

Kari sotong kembang

Bila tiba bulan ramadhan ni saya makin ligat mencari dan mencuba resepi baru dan pelbagai. Semuanya untuk memikat selera keluarga.....supaya mereka makin bertenaga untuk meneruskan ibadah puasa....


Hari ni saya mencuba resepi kari sotong kembang dari blog mat gebu. Sotong kembang ni selalunya saya buat sambal tumis atau pun sotong kangkung. 

Kari sotong kembang

BAHAN-BAHANNYA :-)

3 ekor sotong kembang saiz sederhana (kurang lebih 650 gram)
1/2 bahagian traffic light capsicum, dipotong kiub
1 biji tomato, belah 6
1 1/2 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh rempah kari ikan (mat guna rempah Baba's)*
1 camca besar penuh rempah kurma (mat guna rempah Baba's)*
1/3 camca teh serbuk kunyit*
1/3 cawan air*(*disatukan dan kacau rata)
1 cawan santan
1 kiub ikan bilis
3/4 camca teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)

1/2 camca teh halba campur
1 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar, dimayang
2 biji bawang merah, dimayang
2 ulas bawang putih, hiris 
1 inci halia, hiris halus



CARA MEMBUATNYA :-)

Sotong kembang dikelar2 sedikit badannya, kemudian potong pada saiz besar (nanti dah masak, sotong mengecut dan kecil). Cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang besar, halba campur, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan  bawang merah,bawang putih dan halia, masak sekejap. 

Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masuk bancuhan rempah kari tadi. Masak dengan api kecil hingga rempah garing, masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Tuang air secukupnya (anggaran 2 1/2 cawan), kacau dan biar mendidih. Masukkan sotong dan santan. 

Kacau perlahan.Bila mendidih, tambah traffic light capsium, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap. Tambah tomato. Kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Biar tomato lembut sendiri dalam kuah kari. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...