Tuesday, June 2, 2015

Spaghetti kuah ayam dan tomato

Bila geng wassap menyebut pasal spaghetti yg sedap masakan member group saya pun terus ngences....teringin...tapi takkan nak minta orang masakkan....kesimpulannya kena masak sendiri la....nasib baik bahan2 semua ada jadi tak perlu la keluar membeli belah.... Ayam minced pun dah lama beku dalam freezer tu...baik guna cepat2... 

Kuah pasta
Zulfaza love cooking style

5 keping dada ayam (cincang)
1 biji cili benggala (potong kecil)
20 biji tomato (cincang)
1 batang lobak merah (potong kecil)
Cendawan butang (kalau ada la...yg segar lebih sedap dan sihat)
3 batang celeri (potong nipis)
2 biji bawang kuning (cincang)
10 ulas bawang putih (cincang)
2 sb chili flakes
1 sb oregano flakes
1 sb parsley flakes
1 sb lada hitam (tumbuk)
Garam dan gula secukup rasa
1 tin besar tomato puree
Minyak zaiton untuk menumis

Tumis bawang2 hingga naik bau. Masukkan ayam dan tumis hingga ayam masak. Masukkan tomato puree, tomato cincang dan lobak. Masak hingga lobak  lembut. Masukkan celeri dan cili serta bahan2 lain. Perisakan garam dan gula secukup rasa. Masakkan sehingga kuah memekat. Tutup api dan hidangkan bersama pasta pilihan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...