Monday, June 1, 2015

NASI AYAM BALSMAG



Untuk berbuka arini saya pilih resepi ayam balsmag dari lydia honey....saya memang suka resepi2 yg di share lydia di blog dan page dia.... setakat ni memang dapat pujian...

Teringin masakan timur tengah yang ringkas dan light jer rasa rempah ratusnya....lagi satu mencuba rempah rare seperti sumac ni... Alhamdulillah....menepati citarasa saya....


Sumac yg saya beli di mahnaz batu 3....

AYAM BALSMAG

1 ekor ayam (1 1/2kg-jgn dipotong)
1 cawan mentega
1 camb sumac
Garam dan lada hitam powder secukupnya
4 cawan beras basmathi (rebus beras 3/4 masak-ala2 masak nasik beryani) - (4 cawan beras ni boleh makan 10 orang - boh kurangkan beras dan kurangkan air, cili dan bawang juga)
3 cili benggala berwarna-dihiris 
2 labu bawang besar-dihiris
2 cawan air rebusan ayam




Basuh ayam dan keringkan. Campurkan mentega, sumac, sdkt garam dan lada hitam. Panaskan oven 180 ° C. Asingkn kulit ayam dgn meluluskan jari di bawah kulit hati2 ya supaya tidak terkoyak kulitnya tu (masage sikit supaya butter tu melurut rata ke seluruh ayam, awas jgn sampai terkoyak kulit tu lak).
Perasakan ayam dgn garam/lada dlm dan luar.

Sumbat/lumur bawah kulit ayam dgn campuran mentega rata2 termasuk kepaknya dan ikatkn kaki ayam dengan benang tahan panas. Di dalam tray, susun hirisan lada dan bawang dan tambahkan air rebusan serta sedikit garam/lada hitam.

Letakkan nasi dan letakkan ayam di atasnya. Cover tray dgn aluminium & bakar dlm oven selama 45 minit/sehingga masak (buka cover aluminium 15-20minit masa terakhir untuk mengaringkan ayam). Letakkan nasi dalam pinggan hidangan dan letakkan ke ayam diatasnya (sblm hidang buka la benang pd ayam tu).

NOTE Dari lydia honey:- 

Untuk pelbagai perisa, anda boleh menggantikan sumac dgn oregano, rempah kari atau rosemary atau apa saja rempah ratus yg anda suka

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...