Friday, June 26, 2015

Ayam Sapit

Hidangan pelengkap untuk menu nasi lemak hari ni ialah ayam sapit resepi asal dari Joha Hassan. Ayam ni iras2 rendang rasanya....sbb ada letak lengkuas kot....sedap....saya malas nak masuk oven jadi saya panggang guna magic pan saja....


Dah nak berbuka....tak sempat nak plattimg berbagai....gini jer la yg mampu saya tayangkan...


Ayam Sapit. Spicy Grilled Chicken.

Bahan2nya

1 ekor ayam di potong 12 atau 5 Keping Peha Ayam

Bahan kisar:

3 biji buah keras
4 cm (1.5 inch) lengkuas 
4 cm (1.5 inch) halia 
4 ulas bawang putih 
2 biji bawang besar 
2 sudu besar cili kisar

Bahan lain:

2 batang serai - di titik
100ml krim santan
6 helai daun limau purut
Garam & Gula secukup rasa
Rempah 4 sekawan (buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis)
Minyak masak untuk menumis

Bahan perap ayam:

1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar (coriander)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis (fennel)
1/2 sudu teh serbuk jintan putih (cumin)




Cara2nya

Rempahkan ayam dengan serbuk2 rempah kunyit, ketumbar, jintan manis & putih, perapkan dalam setengah atau satu jam. 

Panaskan minyak di kuali, letakan serai nya, bahan rencah2 yang di kisar. Goreng hingga ia wangi. Letakan 1 cawan air dan letakan daun limau purut. Letakkan ayam yang sudah di perap, bersama garam dan gula secukup rasa. 

Masak hingga ayam nya masak dan biarkan kuah nya pekat sedikit. Letakan krim santan pada kuahnya, gaulkan rata2. Bila ayam sudah masak, angkat ayam2 nya. Goreng ayam di kuali tanpa minyak, golek2kan supaya ada bekas tanda2 bakar. 

Boleh di letakkan di ketuhar (api atas) 170C atau panggang di atas bara arang. Bila disajikan tuangkan kuah di atas ayam nya. Sesuai di sajikan dengan lontong, ketupat atau nasi putih bersama hidangan juadah lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...