Thursday, June 11, 2015

Kek hantaran - orange ombre cake

Sempatkan juga buat kek untuk hantaran anak buah.....rasa macam tak sempat jer....badan pun rasa macam tak larat...tapi dengan izin Allah, siap juga....Alhamdulillah.

Saya guna resepi dari pinklemon8 yg dia share kat hmetro untuk kek hantaran ni...resepi kek cawan pelangi yg kemudiaannya saya ubah suai jadi kek orange ombre....


Bahan

• 3 cawan tepung naik sendiri
• 1 cawan tepung gandum (diayak)
• 2 cawan gula kastor
• 300 gram mentega
• 1 1/4 cawan susu
• 6 biji telur (suhu bilik)
• 1 sudu teh esen vanila
• 2 sudu teh esen oren
• Pewarna oren

1. PUKUL mentega dan gula kastor hingga kembang dan ringan pada kelajuan tinggi. Kemudian, masukkan telur satu persatu, esen vanila dan perasa pilihan menggunakan kelajuan perlahan. Gunakan sudip kayu, masukkan tepung yang diselang-selikan dengan susu. Gunakan teknik kaup balik. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letakkan ton warna berbeza.
.

“Untuk mendapatkan tekstur kek yang ringan dan tidak berminyak, pukul mentega dan gula kastor menggunakan mesin pengadun kek pada kelajuan tinggi.

“Mengisar halus gula kastor terlebih dulu menggunakan kelajuan ting­gi bertujuan untuk memastikan mentega tidak cair dan berubah menjadi minyak,” katanya.

Ketika mengadun dan memasukkan bahan kering, tepung perlu dituang sedikit demi sedikit terlebih dulu. Sebaiknya, adunan juga perlu diakhiri dengan bahan kering yang sama

Saya hias dengan buttercream supaya tahan suhu panas....

Buttercream

1 ketul buttercup 250 gm (tak sesuai guna pure butter sbb tak tahan suhu panas)
250 gm krimwell
500 gm gula ising
3 sb air/susu segar

Pukul mentega + krimwell + gula hingga ringan dengan kelajuan tinggi.
Masukkan air dan pukul sebati.
Masukkan pewarna pilihan. (Saya guna oren emulco dan pewarna oren dlm bentuk serbuk.)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...