Monday, June 15, 2015

REZ ASFAR ma 7 spices chicken (NASI MINYAK ARAB WITH 7 spices chicken)

Marathon masak nasi arab sempena majlis2 nyambut puasa. Tak dan mokcik nak menyelfie dan platting2 masakan mokcik arini....cam lipas kudung menyiapkannya.... Alhamdulillah respon positive.....

Resepi lydia honey jadi pilihan lagi untuk nasi minyak arab nih.......


Ada lebih daun ketumbar utk salsa tu saya tabur jer atas nasi....malas nak simpan dah..

REZ ASFAR  (NASI MINYAK ARAB)

Resepi nasi yang popular di syria.

Resepinya:-

2 cawan basmati 
4 cmb minyak masak + 3 cmb minyak sapi*
Sedikit saffron (kalu tak ada saffron guna je pewarna kuning)
1cmb air mawar-
2 helai daun bay*
1 labu bawang besar- quartered*
1-2 ulas bawang putih-belah dua*
1 batang kulit kayu manis*
1/2 cmt lada hitam biji*
3-4 biji cardamom/buah pelaga*
1 inci halia*
1 cmt all spices*
Garam secukup rasa*
Air panas/ stock ayam

Bahan tabur:-

Kismis-di goring hingga keemasan
Pine nut/ almond- di goreng hingga keemasan
Bawang goreng 
Bersihkan beras, rendam dalam air yang telah dicampurkan dengan garam yang banyak (anggaran 11/2 cmb) selama 20-30 minit dan toskan.

Dalam periuk masukkan minyak dan tumiskan semua bahan* sehingga terbit baunya, goreng beras kira 2 minit hingga transparent dan masukkan air panas atau air rebusan ayam anggaran kedua-dua air ni dalam 5 cawan +-.

Masukkan sedikit garam dan biarkan sehingga mendidih di atas api yang besar,tutup periuk dan biarkan hingga hampir kering airnya dan renjiskan saffron di atas nasi, tutup periuk dan tanak nasi hingga masak.

Bila nasi masak, off kan api dan biarkan selama 5 minit baru gembur-gemburkan sedikit nasi dengan garfu supaya nasi cantik terlerai.

Hidangkan nasi dalam pinggan hidangan besar. 


Arabic Seven Spice Roasted Chicken

Bahan2nya


1 kg ayam
2 sb Arabic 7-Spice (baharat)
2 sk serbuk bawang putih
2 sb minyak zaitun
Saya tambah rosemary 1 sk
3 sb madu
Garam dan lada hitam secukupnya

Caranya

Panaskan oven 180 °C. Basuh dan tos ayam. Gaul rata ayam dengan semua bahan diatas. Susun di atas loyang pembakar. Tutup loyang dengan kertas aluminium dan bakar selama sejam.

Bukak foil dan bakar lagi selama 30 minit utk menggaringkan ayam.



Sambal salsa dan salad sebagai pelengkap hidangan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...