Hari ni meroti lagi.....untuk dihantar ke kelas tafiz anak2 sempena hari lahir diorang. Tukar la sikit....asyik bagi kek jer
Roti
Bahan2nya
500 gm tepung roti/gandum/kombinasi
15 gm yis
5 gm improver/softener
15 gm susu tepung
5 gm garam
110 gm gula (cuma letak 90 gm saja)
80 mentega
1 biji /70 gm telur (telur gred AA) (saya tambah yogurt untuk mencukupkan timbangan telur sbb kehabisan stok telur)
225 gm air sejuk (ais)
hiasan
Serunding + (susu pekat + mayo)
Cheese + gula
Satukan semua bahan (pastikan yis tidak diletak berdekatan dengan garam) kecuali mentega dan uli sebati. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin, tidak lekat di tangan dan besen serta elastik.
Sapukan minyak dan perap selama sejam atau doh naik 2 kali ganda. Tumbuk doh dan uli sebentar. Sapu tangan dengan minyak dan bahagikan doh ikut citarasa.
No comments:
Post a Comment