Pages

Sunday, April 12, 2015

Meroti lagi

Hari ni meroti lagi.....untuk dihantar ke kelas tafiz anak2 sempena hari lahir diorang. Tukar la sikit....asyik bagi kek jer


Buat 3 kg tepung....buat roti cheese gula dan serunding....resepi roti gula biasa tu jer cuma saya tambah yogurt sikit sbb telur cuma ada 6 biji....gred c, tak cukup untuk berat telur 70 gm....

Roti

Bahan2nya

500 gm tepung roti/gandum/kombinasi
15 gm yis
5 gm improver/softener
15 gm susu tepung
5 gm garam
110 gm gula (cuma letak 90 gm saja)
80 mentega
1 biji /70 gm telur (telur gred AA) (saya tambah yogurt untuk mencukupkan timbangan telur sbb kehabisan stok telur)
225 gm air sejuk (ais)

hiasan

Serunding + (susu pekat + mayo)

Cheese + gula

Satukan semua bahan (pastikan yis tidak diletak berdekatan dengan garam) kecuali mentega dan uli sebati. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin, tidak lekat di tangan dan besen serta elastik.

Sapukan minyak dan perap selama sejam atau doh naik 2 kali ganda. Tumbuk doh dan uli sebentar. Sapu tangan dengan minyak dan bahagikan doh ikut citarasa.

Bulatkan doh dan susun dalam loyang. Biar doh naik seganda dan (spray air dan tabur cheese dan gula untuk roti cheese gula dan biarkan plain untuk roti serunding) ke atas doh.  Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180°C - 200°C selama 20 - 30 minit atau hingga perang.

Untuk roti serunding, dah siap bakar, sapu campuran susu dan mayo ke atas roti dan tabur serunding...

No comments:

Post a Comment