Ni balik ofis semlm punya cerita...resepinya saya cilok dari azie kitchen. Buat dua bancuhan utk bawak ke tadika sempena besday anak....adalah 39 ketul. Letak la candle huruf happy birthday tu.....masa antar ke sekolah dengar la anak bagitau kat ustaz, dalam ada lilin tapi tak boleh pasang api tau....ingat, tak boleh pasang api tau....hehehe... Diorg balik sekolah tadi call rmh anak bagitau muffin tak cukup....heeeeee...kesian pulak...ermmmmm takpe la...lain kali kita bawak lagi yer...
Muffin Coklat
Bahan-bahan
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sk baking powder
2 sk soda bikarbonate
3 sk nescafe
sedikit garam
Bahan B
2 cawan gula kastor (guna 1 3/4 cwn je)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur
Bahan C
3/4 cawan air panas
Cara-cara
Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 2/3 penuh sahaja dan
bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak. (Saya
bakar selama 25 minit. Untuk mengekalkan kelembaban, hanya bakar secukup
masak saja.)
Bolehlah dihidangkan. Kebiasaannya kek atau muffin coklat lebih sedap selepas di simpan semalaman
Cara cara freeze muffin
Sejukkan muffin. Bungkus dalam aluminium
foil atau freezer bag. Labelkan resepi dan tarikh. Kalau menggunakan
freezer bag, keluarkan semua udara sebelum bag di seal. Simpan muffin di
dalam freezer sehingga 3 bulan.
Untuk menggunakan muffin yang difrozen:
1. keluarkan dari freezer bag dan panaskan dalam oven pada suhu 170C sehingga sudah panas.
No comments:
Post a Comment