Thursday, January 29, 2015

RESEPI HELLO KITTY COOKIES

Memenuhi permintaan anak2. Akhirnya setelah sekian lama ummi simpan acuan hello kitty n mickey tu, petang tadi ummi gagahkan juga buat biskut ni.....tapi tak hias sangat sebab ummi dah takde energy...dah habis buat berkebun, memasak dan mengemas..... Lain kali kita pakaikan baju lawa2 yer...

Resepi biskut ni saya cnp dari Nur Abdul Rahim@bukuresepi.com. Mulanya ingat nak guna resepi sugar cookies tapi leceh pulak nak simpan2 doh dalam peti sejuk....resepi ni simple dan tak guna telur....dohnya agak berderai tapi bila di terap takde masalah...

RESEPI HELLO KITTY COOKIES

BAHAN-BAHANNYA

1/2 cawan butter – suhu bilik
50g gula icing
120g tepung gandum
70g tepung ubi (potato starch) - saya guna tepung ubi kayu...hehehe....nanti lain kali try beli tepung kentang pulak yer
50g nestum – dikisar
bahan decor secukupnya

CARA-CARA 

Pukul butter & gula hingga kembang.Masuk kan tepung gandum, tepung ubi & nestum kisar. Gaul hingga sebati.Canai adunan setebal 1/4 inci & terap kan acuan hello kitty keatas dough & bubuh hiasan.

Susun diatas dulang & bakar di dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 140 dargah celcius selama 30 minit.Setelah sejuk, simpan didalam bekas kedap udara.

NOTA :
** Biskut dimasak pada suhu rendah kerana hendak menghasilkan biskut yg tidak kecoklatan tapi tetap rangup.
**Sekiranya anda inginkan biskut yg kecoklatan, bakarlah pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...