Pages

Saturday, January 31, 2015

Classic fish n chips

Saya gunakan filet ikan talapia. Sedapppppp.....fries tu saya buat simple ajer....gaul garam n kunyit dan goreng pakai air fryer....


Sumber Allrecipe.com

4 large potatoes, peeled and cut into strips1 cup all-purpose flour
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon salt
1 teaspoon ground black pepper1 cup milk
1 egg
1 quart vegetable oil for frying
1 1/2 pounds cod fillets

Directions

Place potatoes in a medium-size bowl of cold water. In a separate medium-size mixing bowl, mix together flour, baking powder, salt, and pepper. Stir in the milk and egg; stir until the mixture is smooth. Let mixture stand for 20 minutes.Preheat the oil in a large pot or electric skillet to 350 degrees F (175 degrees C).Fry the potatoes in the hot oil until they are tender. Drain them on paper towels.Dredge the fish in the batter, one piece at a time, and place them in the hot oil. Fry until the fish is golden brown. If necessary, increase the heat to maintain the 350 degrees F (175 degrees C) temperature. Drain well on paper towels.Fry the potatoes again for 1 to 2 minutes for added crispness.


Friday, January 30, 2015

Pasta goreng daging cincang

Ini la menu sarapan pagi jumaat yg saya sediakan.....nak memudahkan kerja, malam tadi saya dah siap tumiskan daging cincang....pagi tadi tinggal nak rebus pasta dan gorengkan dengan daging yg dah siap dimasak serta masukkan celery...

Dal masak tak sampai 20 minit sarapan siap dihidangkan....

Pasta goreng daging cincang

Bahan2nya

1/2 kg daging segar dicincang
1/2 paket mix vage
3 batang celery di potong kecil
2 sb serbuk kari daging
3 sb tomato puree
2 biji bawang besar cincang
5 ulas bawang putih cincang
2 inci halia cincang
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Pasta direbus dengan sedikit garam hingga lembut, toskan

tumis bawang2 dan halia hingga naik bau. Masukkan rempah kari, tumis hingga garing dan pecah minyak. Masukkan tomato puree, daging dan sedikit air. Masak hingga daging empuk dan sebati. Masukkan mix vage, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan pasta. Gaul sebati. Akhir sekali masukkan celery. Kacau seketika. Sedia dihidang. 

***dalam masakan kali ni mix vage saya kurangkan sebab anak2 tsk suka....mix vage ni boleh jer digantikan dengan sayuran lsin seperti karot segar, kobis, bunga kobis dll...

Sambungan ceritera semalam

Siapkan tat nenas yang tak sempat buat habis semalam. Semalam buat bentuk lain...hari ni lain pulak....buat bentuk nenas dan lebihan adunan hijau dapat la tiga ketul limau......anak2 pun seronok nak makan dan bawa bekal ke sekolah....

Thursday, January 29, 2015

RESEPI HELLO KITTY COOKIES

Memenuhi permintaan anak2. Akhirnya setelah sekian lama ummi simpan acuan hello kitty n mickey tu, petang tadi ummi gagahkan juga buat biskut ni.....tapi tak hias sangat sebab ummi dah takde energy...dah habis buat berkebun, memasak dan mengemas..... Lain kali kita pakaikan baju lawa2 yer...

Resepi biskut ni saya cnp dari Nur Abdul Rahim@bukuresepi.com. Mulanya ingat nak guna resepi sugar cookies tapi leceh pulak nak simpan2 doh dalam peti sejuk....resepi ni simple dan tak guna telur....dohnya agak berderai tapi bila di terap takde masalah...

RESEPI HELLO KITTY COOKIES

BAHAN-BAHANNYA

1/2 cawan butter – suhu bilik
50g gula icing
120g tepung gandum
70g tepung ubi (potato starch) - saya guna tepung ubi kayu...hehehe....nanti lain kali try beli tepung kentang pulak yer
50g nestum – dikisar
bahan decor secukupnya

CARA-CARA 

Pukul butter & gula hingga kembang.Masuk kan tepung gandum, tepung ubi & nestum kisar. Gaul hingga sebati.Canai adunan setebal 1/4 inci & terap kan acuan hello kitty keatas dough & bubuh hiasan.

Susun diatas dulang & bakar di dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 140 dargah celcius selama 30 minit.Setelah sejuk, simpan didalam bekas kedap udara.

NOTA :
** Biskut dimasak pada suhu rendah kerana hendak menghasilkan biskut yg tidak kecoklatan tapi tetap rangup.
**Sekiranya anda inginkan biskut yg kecoklatan, bakarlah pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit.

Wednesday, January 28, 2015

Sambal tumis petai belalang


Sapa pernah makan petai belalang.....rasa dia macam petai biasa tapi rasa dia tak kuat sangat macam petai tu......petai belalang ni mudah sangat nak dapat berbanding petai biasa tu dan percuma pulak tu...tak perlu cari susah2 dalam kebun ke...hutan ke.....kalau kat bandar ni pun merata2 ada pokok petai ni....ada sesetengah kawasan tu dah jadi hutan pokok ni saja.....kalau rajin boleh buat niaga....rasanya ada orang nak beli tak....hahaha....kalau dijadikan satu jauada direstoran masakan kampung mesti lama2 jadi femes menu nih...

Sambal tumis ni saya campurkan sikit dengan petai biasa yang dah kecut tu....heeeee....cadang nak masak nasi lemak besok pagi....boleh la buat lauknya...

Sambal tumis petai belalang

Satu mangkuk ikan bilis - basuh, tos dan goreng
1 mangkuk kecil petai belalang
*6 ulas bawang merah
*6 ulas bawang putih
*20 biji cili kering (rebus atau rendam air panas hingga lembut)
2 batang serai di ketuk
1 biji bawang besar dipotong bulat
4 sb air asam jawa
garam dan gula secukupnya
minyak utk menggoreng dan menumis

Kisar *. Panaskan minyak yang digunakan untuk menghoreng bilis. Tumiskan * hingga pecah minyak. Masukkan serai, air asam, garam dan gula secukup rasa. Kacau seketika. Masukkan petai dan bilis. Kacau sesekali dan biarkan hingga petai masak dan sambal memekat. Masukkan bawang besar dan masak hingga bawang layu.


Jom tengok skit khasiat petai ni......

Khasiat pokok petai belalang digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis. Akarnya direbus bersama-sama tiga cawan air. Biarkan kering sehingga tinggal satu cawan. Selawat tiga kali dan minum sehari sekali.

Petai belalang juga berkesan untuk merawat batuk dan demam campak. Daun-daun muda ditumbuk bersama-sama beras kemudian ditampal pada kerongkong untuk meredakan batuk. Boleh juga disapu pada seluruh badan untuk mengubati kudis campak.

Daun petai belalang juga berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur atau kulit bersisik. Daunnya dibakar manakala abunya dicampur dengan minyak kelapa sebelum digosok ke kulit kepala. Balut dengan plastik pembalut rambut dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air bersih. Juga digosok-gosok ke bahagian kulit yang bersisik.

Untuk masalah kayap, rebus pucuk daun petai belalang dengan tawas. Air rebusan itu digunakan untuk mandi dan membersihkan badan.

selanjutnya baca kat link dibawah ni yer...

http://syifa-kesihatandalaman.blogspot.com/2010/03/khasiat-dan-kegunaan-petai-belalang.html?m=1

Menunaikan hasrat anak buah nak makan Pavlova ....

Mentang2 dah pandai buat, ada permintaan jer terus buat....heeeeeeee....anak2 pun suka, tu yg rajin nak memukul putih telur tu lagi. Anak buah aritu tolong tengok2kan anak2....jadi ni kira upah la......huhuhu.....

Lagi banyak buah2 yg masam ni lagi sedap....boleh nuetralkan skit kemanisan pavlova tu....

Resepi Pavlova

4 biji putih telur
1 cawan gula castor - ita letak 3/4 cawan
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Sediakan loyang
Alas loyang dengan baking paper.
Jika guna kertas minyak, sapukan sedikit minyak atau spray kertas dengan kek gris
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C

*****Tips memukul putih telur

Pastikan tiada sedikit pun telur kuning. Pastikan bekas bersih dari sebarang gris atau minyakSebelum memasukkan putih telur ke dalam mixer, sapukan sedikit cuka masakan pada bekas mixer supaya semua lemak atau bahan gris terhapus.

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
Masuk tepung jagung, esen vanila dan cuka sedikit2 ke dalam adunan meringue dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.
Bentukla ikut kreativiti.....saya cuma tuangkan atas baking paper dan guna spatula utk rata2kan skit......kalau nak guna nozel dan masukkan dlm piping bag pun boleh...


Misi memenuhi permintaan anak-anak.....Tat nenas luar musim

Buat sambil2......dari tengahari sampai ke malam...


Bahan-bahan:

250 gram butter
3 sb gula caster
1 biji telur kuning
1 sk esen vanilla
3 sb tepung jagung/kastard (saya letak tepung jagung sebab taknak dok jadi kuning sebab nak letak pewarna)
3 sb susu tepung (susu tepung takde jadi saya lebihkan sikit tepung jagung)
3 cwn tepung gandum/superfine

*Inti nenas secukupnya.

Cara-cara:

- campurkan butter, gula, telur kuning dan esen vanilla...pukul guna whisk aje.
- kemudian masukkan tepung jagung/kastard, susu tepung dan tepung gandum sedikit2.....sambil uli hingga jd doh.
- setelah itu perap doh sekejap utk sebatikan bahan2 td....barulah dibentuk mengikut bentuk bunga ros atau bentuk2 pilihan lain.

- buat kelopak spt bunga ros, hasilkan dlm 5 - 6 kelopak. Setelah itu ambil inti dan di cantumkan dgn kelopak pertama....kemudian cantumkan kelopak kedua secara selang seli hgga siap.



Tuesday, January 27, 2015

Apam kampung menu minum petang

Tengok orang pos gambar apam kampung, terus jer ke dapur bancuh apam......sedap dan ringkas jer resepi ni....pewarna atas perisa boleh tambah ikut citarasa...

Apam kampung

4 cawan tepung gandum
4 cawan air suam (rendam bunga telang dengan air panas - jumlah bunga ikut citarasa)
1 cawan gula
1 paket yis (11gm)

Satukan semua bahan, gaul sebati dan perap dlm bekas yg ditutup selama 1-3 jam. Kukus dalam loyang  atau acuan yang dioles minyak selama 15 -30 minit.

Hidangkan dengan kelapa parut yg digaul  sedikit garam. 

Sunday, January 25, 2015

Roti mentega dan roti sosej untuk sarapan pagi

Dos asas roti yogurt

Bahan2nya

500 tepung gandum tanpa peluntur
200 gm yogurt
120 gm air/susu segar
1 biji telur (gred c/d)
60 gm gula
10 gm garam
60 gm shortening/mentega
11 gm yis/satu paket
Sosej secukupnya (celur terlebih dahulu)
Sos cili, mayonis dan hirisan bawang secukupnya

Kalau uli tangan, satukan semua bahan kecuali shortening. Uli sebati dan masukkan shortening. Terus uli hingga doh tak lekat ditangan dan mangkuk serta licin dan elastik.

Saya guna BM. Masukkan bahan cecair diikuti dengan pepejal. Set ikut arahan BM.

Perap selama sejam dalam bekas dan tutup dengan tuala lembab. Bila dah cukup masa, tumbuk doh utk kuarkan anginnya dan bahagi dok ikut citarasa. Bentuk doh membujur, belah dua sosej, letakkan atas doh, susun dalam loyang. Tuang sos, mayonis dan hias bawang.Biarkan naik 2 X ganda.

Untuk roti mentega.... kepalkan inti. Ambil doh, leperkan dan isi inti dan bulatkan. Susun atas loyang dan gunting atasnya. Biarkan naik dua kali ganda. Letakkan mentega di atas keratan tadi dan tabur gula.   

Sebelum tu panaskan oven 15 minit sebelum bakar. Bakar pada suhu oven 180 - 200°C selama 1/2 jam atau hingga keperangan.

Inti mentega untuk roti mentega

- 100gm pure mentega
- 100gm gula 
-100gm susu tepung
-100gm tepung gandum

Gaul rata
Tak perlu masak
Boleh terus guna
Tak habis guna boleh simpan dalam peti ais


Kek oren sunquick

Kek ni sangat mudah...boleh pilih cara kukus atau bakar....saya buat cara bakar sebab malas nak keluarkan pengukus. Aromanya harum sungguh. Saya tabur pulak dengan butterscotch chips.....pastu hias pulak dengan coklat topping lebih hias muffin aritu...


Resepi kek oren sunquick

Kisar

1 cawan minyak
3/4 cawan gula
1/2 cawan sunquick
3 biji telur

Ayak

2 cawan tepung
1 sk baking powder

Satukan adunan dan kacau menggunakan spatula.
Bakar pada suhu 160°C selama 45 minit - 1 jam.
Atau kukus selama 40 minit.

(Loyang saiz 7 × 7)


Resepi biskut M&M

Resepi Biskut M&M dari resepi biskut raya 2014. Nampak cam sedap sangat dengan chips pelbagai warna. Untuk adunan biskut ni saya kurangkan jumlah gula sebanyak 50gm sbb saya rasa nanti dah letak chips tu mesti manis.

Lain kali buat kena kurangkan lagi gulanya 200 pun rasanya ok kot....

Bahan-bahan

• 260g tepung gandum
• 2 sudu besar tepung jagung
• 1 1/4 sudu kecil baking soda
• 170g butter
• 130g gula kastor (kurangkan jadi 100)
• 140g gula perang (kurangkan jadi 100)
• 1 biji telur gred A
• 1 kuning telur
• 1 sudu kecil esen vanila
• 200g M&M

Cara-Cara:
• *Campurkan tepung,tepung jagung dan baking soda.
• Putar butter,gula kastor dan gula perang sampai kembang lebih kurang 3 minit.
• Tambahkan esen vanila,telur dan kuning telur dan putar sebati.
• *Masukkan campuran tepung tadi dan kacau sebati.
• *Buatkan bulat2 dan letakkan diatas loyang yg digris.
• Jangan buat besar2.satu lagi,jarakkan jauh2 sebab dia akan kembang.
- saya bakar suhu 160°C selama lebih kurang 25 minit atau hingga keperangan.

 (Biskut ni bukan jenis rangup....dia jenis lembut, bila dah masak biarkan sejuk atas loyang seketika sebelum pindahkan ke atas redai untuk disejukkan)

Thursday, January 22, 2015

Daging black pepper

Saya ni jarang masak lauk berasaskan daging nih....tapi sesekali kena jugak  tukar selera sikit....lama dah tak pekena daging black pepper nih....saya letak sikit jer black peppernya supaya tak pedas sangat...

Daging black pepper

1 kilo daging
 5 ulas bawang merah
3 inci halia
6 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
3 sb Lada hitam ditumbuk (jgn terlalu hancur)
8 sb sos tiram
1/2 cawan air
Minyak masak
---------
Goreng ayam/daging dengan sedikit minyak. Jgn sampai terlalu garing/kering. 

Angkat dan ketepikan. 

Tumbuk bwg merah, halia dan bawang putih hingga lumat. 

Tumiskan bahan2 yg ditumbuk dengan minyak menggoreng ayam/daging tadi hingga naik bau.

Masukkan sos tiram. Kacau sebati.

Masukkan ayam/daging. Masak hingga empuk.

Masukkan bawang besar dan lada hitam, kacau sekejap hingga bawang agak2 layu sedikit dan angkat.

Ikan tuna masak lemak tumis


Ini menu pilihan ummi utk makan tengahari nanti. Ikan tuna ni abang ipar bawak dari mukah aritu. Kat sana murah ikan2 besar.....tenggiri, tuna.....ikan terubuk fresh pun murah.....dua tahun lepas masa outstation ke sana, saya beli 30 kg ikan bawak balik semenanjung.......


Resepi ikan tuna masak lemak tumis

1 kg ikan dipotong ikut suka - cuci bersih dan rendam dalam air asam jawa seketika.
2 biji tomato belah 2
4 biji cili hijau belah 2
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa

bahan tumis

8 biji cili kering (rendam air panas, kisar)
*5 ulas bawang merah
*5 ulas bawang putih
*2 inci halia
seketul kunyit hidup tumbuk lumat
2 batang serai - ketuk
Minyak untuk menumis

Cara2nya

Tumbuk kasar *. Tumis hingga naik bau. Masukkan cili dan bahan2 tumis lain. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan santan dan ikan dan asam gelugur. Kacau sebati semua bahan. Masak hingga mendidih dan ikan masak. Kacau sesekali. Tambah garam dan tomato dan cili hijau. Biarkan selama seminit sebelum tutup api.



Wednesday, January 21, 2015

Donut yogurt vanilla

Malam ni buat donut yogurt vanila resepi rosmarlina jintanmanis. Gebu donut ni....separuh goreng dan separuh lagi goreng separa masak utk esok pagi....donut ni saya salut dengan molasses sugar......


Yang bercoklat ni goreng utk sarapan (mlm tadi goreng separuh masak)

Donut Yogurt Vanila

Bahan-bahan

400gram tepung gandum
45gram Plain Yogurt@Natural Yogurt
6gram Yis
2 sudu kecil esen vanila
150ml cecair ( susu segar+1biji telur)
40gram marjerin
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
minyak untuk menggoreng

Untuk Salutan

sedikit serbuk gula atau coklat cair dan manik urai

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan di dalam bekas adunan kecuali marjerin, uli hingga menjadi doh, setelah menjadi doh baru masukkan marjerin dan uli lagi sehingga betul-betul lembut, untuk mendapakat doh yang lembut dengan cara yang mudah dan cepat,  setelah menguli doh beberapa minit masukkan doh dalam plastik bersih dan ramas-ramaskan doh selama 5 minit, kemudian keluarkan dan uli sekali lagi dalam bekas adunan. ( jika guna Bread Maker, masukkan semua bahan dan tekan ON, tunggu sampai siap di uli dan boleh tumbuk-tumbukkan doh bagi keluarkan angin dan terus bentukkan).

2. Selepas itu perap doh selama 40 minit sehingga satu jam, atau sehingga doh menjadi dua kali ganda, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sekali lagi beberapa minit, kemudian bahagi doh pada bebola kecil, bentukkan doh seperti donut, lubangkan tengahnye dan biarkan naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit. ( pastikan alas dulang dengan kertas minyak, supaya senang untuk diangkat apabila tiba proses menggoreng nanti).

3.  Setelah donut naik, panaskan minyak dan goreng donut dengan api yang sederhana, balik-balikkan donut supaya masak sekata, setelah perang, angkat dan toskan minyak yang berlebihan, salutkan donut dengan serbuk gula dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.