Tuesday, June 17, 2014

Kurma telur

Sesekali sedap gak makan telur....ubah sekera bila dah jemu dengan ikan, daging, ayam semua tu....anak2 pun suka. Budak2 nih kalau boleh hari2 telur pun ok....cumanya kat rumah ni tak boleh selalu masak telur sebab ada anak yg tak tahan makan telur...hidupnya akan gatal2....jadi bila sesekali masak kari atau kurma telur ni rasa nikmat sangat la...

bahan2

10 biji telur direbus dan buang kulit ( kulit dia simpan buat baja)
5 biji kentang kupas belah 4
2 biji tomato belah 4
4 biji cili hijau belah 2
3 biji bawang besar belah 4
*6 ulas bawang putih
*3 inci halia
*5 ulas bawang merah
2 sb serbuk kurma
rempah tumis (buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang) - optional
3 cawan santan
3 sb air asam jawa pekat
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Tumbuk *. Panaskan minyak. Tumis * jingga naik bau. Masukkan serbuk kurma dan air asam. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan kentang dan santan. Kacau dan masak hingga kentang empuk. Tambah sedikit air jika kuah terlalu sedikit. Masukkan bahan2 lain dan biarkan selama 5 minit lagi...tutup api dan hidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...