Friday, June 13, 2014

Masak lemak telur masin dengan bunga kucai/bunga chinese leek

Malam ni try masakan ni pulak.... selalu telur masin rebus jer atau masak dgn ketam atau udang...ni first time try masak lemak...

Sumber resepi Azie Kitchen
Bahan bahan:
4 biji telur masin
4 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
1 inci Kunyit hidup
Beberapa hiris Lengkuas (ganti dgn cekur/kencur sbb lengkuas dah habis rupernya)
Sedikit cili kisar
Cili hidup (cili solok, lagi sedap)
Garam
Sedikit gula
Asam keping
Santan
Saya tambah bunga chinese leek (potong 2 inci)


Cara cara
Kisar bawang merah, putih, kunyit dan lengkuas. Masukkan bahan kisar ke kuali dengan sedikit air.
Masak hingga mendidih, baru dimasukkan telur satu persatu. Setelah telur mengeras, baru dimasukkan santan.
Masak atas api perlahan sambil terus dikacau masak. Masukkan garam dan serbuk perasa. Akhir sekali, masukkan lada solok dan bunga kucai.
Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Hidangkan dengan nasi putih serta sambal belacan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...