Wednesday, June 11, 2014

Sayur kucai bunga tumis/bunga chinese leek dengan babat aka perut lembu

Ini encik hubby yang masak. Sedap rupanya sayur tu....manis jer

bahan2nya

Seikat bunga kucai/kucai bunga potong 3 inci
300 gm babat/perut lembu (kalau beli yg hitam belum proses tu, basuh dengan kapur sirih pastu bilas dan rebus hingga empuk. Potong kecil.)
3 inci halia
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
cili api ikut citarasa dihiris/tumbuk kasar
serbuk kunyit
garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

--------
Gaul babat dengan garam dan serbuk kunyit.
panaskan minyak. Tumis bawang, halia, bawang putih dan cili hingga naik bau. Masukkan babat dan kacau rata, masukkan sedikit air (dalam 3 - 4 sb). Biarkan seketika. 
Kemudian masukkan kucai dan gaulkan rata. Masak hingga kucai lembut dalam lebih kurang 5 minit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...