Sunday, June 1, 2014

Masak lemak jeruk maman

Member balik dari kampung bagi jeruk maman....pastu pegi taiping jumpa plak orang jual jeruk ni....beli lagi untuk stok....hehehe...susah tu nak jumpa....


Akhirnya tercapai jugak hasrat yang lama terpendam nak makan jeruk maman ni...

Sumber kongsi resepi
Bahan2
1 bungkus besaq jeruk maman ( dibasuh n tapiskan )
2 biji bawang kecik
3 inci kunyit hidup
1 gemgam cili api ( kalau xnk pedas kurangkan )
1 kotak santan
2 batang serai dititik
1 helai daun kunyit
1 keping asam keping
1 sudu besaq udang kering ( kalau nk guna udang segar pun ok gak lg sedap )
1 biji cili merah ( dihiris halus )
sedikit air 
gula n garam secukup rasa

Cara2nya

Masukkan bawang, kunit hidup n cili api dlm blender n masukkan sedikit air n sedikit santan, blend sampai halus. Panaskan periuk n masukkan bahan2 blender n masak sampai cili masak n agak kering.. 

Masukkan serai n daun kunyit, udang kering ( kalau udang segar masukkan lambat ckit ) n sedikit air dan masak lg sampai menggelegak.. Masukkan jeruk maman n kacau rata, kemudian masukkan santan pekat, asam keping, gula n garam secukup rasa masak sampai santan masak.. ( kena sentiasa kacau kuah nyer takut nnt berketul2 n api kena kecik tau ).. 

Biler dah ok rasa nyer masukkan cili merah kacau n tutup api, siap tuk dihidangkan...
***************

Sayur maman (fresh) masak lemak cili padi 

Sumber resepi mamakitchen

Bahan-bahannya:

1 ikat sayur maman(4rm harganya)
50 gm ikan bilis
2 cawan santan kelapa dari 1/2 biji kelapa parut.(jika suka pekat boleh tambah)
1 inci kunyit hidup.
4 ulas bawang merah.
1/2 keping asam gelugur.
4 biji cili api(jika suka pedas boleh tambah)
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:

Tumbuk bawang merah,cili api dan kunyit hidup hingga lumat.Tuangkan santan kedalam periuk dan masukkan bahan-bahan tumbuk tadi.Masukkan ikan bilis,asam keping dan sayur maman serta garam.Biarkan mendidih sekejap.Siap untuk dihidangkan

**************

khasiat maman

Sumber : http://mcburnkgkitchen.blogspot.com/2011/02/sayur-maman-masak-lemak-cili-api.html?m=1

Maman
Nama Botani : Cleome gynandra L
Famili : Capparaceae
Benefit of eating the vegetable /Khasiat Sayur Maman:
Contain the best source of a lots of minerals/Maman mengandung khasiat makanan yang tinggi.
For 100 gm of edible part of maman  contains:/Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan.
Maman Mineral contain Water (88.3 gm) Protein (4.1gm) : /ManMaman mengandungi air 88.3 g, protein (4.1 g), lemak(0.5 g), Carbohydrate/ karbohidrat (3.5 g), Fiber /Serat (1.8 g), Calcium/kalsium (275 mg), Phosphorous/ fosforus (28 mg), Ferum/ferum (8.1 mg), natrium (16 mg), kalium (269 mg), karotena (5,816 ug), vitamin A (969 ug), vitamin B1 (0.14 mg), vitamin B2 (0.24mg), niasin (1.4 mg) dan vitamin C (72. mg)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...