Tuesday, June 24, 2014

Meehon goreng simple

Ini la menu sarapan pagi ni.....

Resepi saya

1 paket meehoon - rendam hingga lembut
*2 sb sos cili
*2 sb sos tomato
*2 sb sos tiram
*2 sb kicap pekat
*1 sb cuka
Garam secukup rasa

Kisar

10 biji cili kering yang telah direbus/rendam air panas
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Segengam udang kering (basuh)
Minyak untuk menumis

Perencah

15 ekor udang sederhana
Sawi
Cendawan tiram
2 biji telur digoreng hancur

Panaskan minyak.
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak/garing. Masukkan *. 
Kacau rata dan biarkan seketika.
Masukkan udang. Kacau dan biarkan udang separuh masak.
Masukkan meehon. Kacau rata.
Perisakan dengan garam. Pastikan garam dikacau rata.
Masukkan sayur2an. Gaul rata dan masakkan hingga sayur layu. Jangan terlalu lembik dan berubah warna. Tutup api. Masukkan telur yg telah digoreng hsncur tadi dan gaulkan.
Angkat meehon dan hidangkan. 

(Untuk memastikan sayur kekal hijau selepas dimasak, pindahkan segera masakan tersebut di dalam bekas hidangan setelah mematikan api - membiarkan masakan yg bersayur di dalam periuk atau kuali di atas tungku dapur menyebabkan haba tungku dan periuk/kuali terus memanaskan masakan tersebut dan menjadikan sayuran berubah warna dan lembik)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...