Thursday, June 12, 2014

Kuih kasturi


Kuih kasturi ni saya buat sebab ada lebihan kacang hijau yang direbus untuk bingka kacang hijau tu...kalini saya buat sedikit kelainan dlm resepi ni dengan menambah inti kelapa dalam adunan.

Bahan2nya

1 cawan kacang hijau rebus
1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan inti kelapa
1/4 cawan gula (ikut citarasa)
Secubit garam

gaul semua hingga jadi adunan yang boleh dibulat2kan macam dalam gambar di bawah. 

*********
Kalau nak kuih yang lembut, jumlah tepung dalam adunan kena letak sikit jer...jadi bila merebus kacang pastikan jangan terlalu berair...tambah air skit2 masa merebus. Dan bila dah empuk baru masukkan gula dan garam. Masakkan hingga gula hancur dan tak berair. Kemudia dah sejuk skit tambah tepung dan inti kelapa. Gaul sebati jadikan doh lembut. Bulatkan ikut saiz yg kita nak dan leperkan sikit.
Adunan tepung untuk salut.

tepung gandum + air + sedikit garam
Gaul semua hingga dapat adunan yang tidak terlalu cair...macam tepung goreng pisang tu.

Celup adunan kacang dengan adunan tepung. Goreng dalam minyak panas. Pastikan api tidak terlalu kuat semasa menggoreng. Goreng hingga keperangan...angkat dan toskan.

********

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...