Friday, June 27, 2014

Biskut bangkit keju

Saya olah sedikit resepi ni dengan menambah sedikit tepung gandum sbb biskutnya terlalu rapuh. Ramai yg buat guna resepi ni tanpa olahan...jadi terpulang la kat sume yg nak guna resepi asal atau yg saya oleh sedikit tu yer....

Bahan2:

250g mentega
180 g gula aising
2 biji kuning telur
250 g tepung ubi - sangan dalam 10 minit atau hingga jadi ringan
(Saya kurangkan tepung ubi jadi 200 gm dan ganti dengan tepung gandum 50 gm)
225 g tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
70 g keju cheddar - parut halus
Sedikit parutan keju - untuk hiasan (opt)
Kuning telur - untuk hiasan (opt)

Cara2:

Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
Masukkan telur dan pukul sebati.
Masukkan bahan2 kering, pukul perlahan hingga bercampur. Kemudian uli sekejap dengan tangan hingga halus sebelum dicetak dan bakar.
Untuk hiasan, sapu dengan kuning telur yang telah dikocak dan tabur sedikit parutan keju.
Bakar dengan suhu 160C selama 15-17 minit. 


Biskut ni gebu sgt kejadiaannya...nampakkan perbezaan selepas dibakar dengan sebelum dibakar....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...